Thursday, March 3, 2011

Mesyuarat Agong 2011

Assalamualaikum w.r.t.
(Sila lihat lampiran)
PERSATUAN ALUMNI ASRAMA FELDA MALAYSIA (0053-08-WKL)
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2011
Semua Ahli AAFM,
Dengan ini notis diberikan kepada semua ahli AAFM bahawa Mesyuarat Agung Tahunan 2011 Persatuan Alumni Asrama Felda Malaysia (AAFM) akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : Sabtu, 19hb. Mac 2011
Masa : 1:30 Petang (Dimulai dengan Pendaftaran)
Tempat : PICC, Putrajaya
(Diadakan In Conjunction with Konvensyen Generasi Baru Felda)
Agenda :
1. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan 2010 yang telah berlangsung pada Sabtu, 20hb. Mac 2010
2. Hal-hal berbangkit
3. Laporan Presiden dan Penerimaan Laporan
4. Pembentangan, Penerimaan dan Pengesahan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2010.
5. Pembentangan dan Penerimaan Program AAFM 2011
6. Pembentangan Usul*
7. Lain-lain Hal
8. Ucapan Penutup
* Sebarang Usul hendaklah disampaikan melalui email kepada nama-nama dibawah selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung berlangsung (pada atau sebelum Sabtu, 5hb. Mar 2011)
1. Setiausaha AAFM, Mohd Said Kamis (saidkamis@gmail.com)
2. Penolong Setiausaha AAFM, Suryani Mohd Nor (suryani2712@yahoo.com.my)
3. AJK Khas AAFM, Kamal Arifin (kay_doc83@yahoo.com)
** Peringatan kepada semua untuk memperbaharui keahlian atau mendaftar sebagai ahli sebelum Mesyuarat Agung untuk melayakkan anda mengambil bahagian sebagai ahli sah dan dapat memberikan suara pada Mesyuarat tersebut.
*** AJK juga telah memutuskan untuk memberikan potongan istimewa kepada sesiapa yang mendaftar sebagai Ahli Seumur Hidup sebelum tarikh Mesyuarat Agung dengan kadar istimewa Yuran Keahlian hanya RM 200 (biasa RM 300). Yuran pendaftaran (untuk pendaftaran baru sahaja) adalah RM 15.00
**** Segala dokumen lain berkaitan akan di hantar kepada semua ahli dalam tempoh 14 hari sebelum AGM.
Nota Penting:
- Mesyuarat Agung ini akan diadakan in conjunction with Konvesyen Generasi Baru Felda. AAFM menawarkan tempat menginap percuma on twin sharing basis kepada 100 Ahli yang pertama yang membuat confirmation/tempahan hadir dengan konsep "First Come First Serve" basis. Semua Ahli yang menginap juga diwajibkan hadir Konvensyen Generasi Baru Felda tersebut.
- Untuk tempahan / confirmation, sila ajukan kepada nama-nama di atas - (Said Kamis, Suryani & Kamal)
- Agenda Penuh untuk seluruh event akan diberitahu kelak.
Nota-nota lain:
- Ahli-ahli yang ingin memperbaharui keahlian bolehlah membuat bayaran secepat mungkin sebelum AGM.
- Pendaftaran Ahli Baru bolehlah dibuat menggunakan borang seperti di lampiran dan menghantarkan borang yang telah diisi kepada Setiausaha AAFM (kadar istimewa diberikan untuk pendaftaran ahli seumur hidup seperti penerangan di atas)
- Bayaran terus bolehlah dibuat kepada akaun AAFM seperti di bawah. Sila email scanned copy (soft copy) slip bayaran kepada setiausaha setelah bayaran dibuat sebagai pengesahan.
Bank : CIMB ISLAMIC BANK
No Akaun : 1401 0000 3081 09
Nama: PERSATUAN ALUMNI ASRAMA FELDA MALAYSIA
No Daftar (ROS) : 0053-08-WKL (sekiranya perlubila membuat bayaran on-line)
SEMUGA KITA BERTEMU DI PUTRAJAYA NANTI...
MOHAMAD ISMAIL ALI
NAIB PRESIDEN
PERSATUAN ALUMNI ASRAMA FELDA MALAYSIA

No comments:

Post a Comment