Thursday, January 7, 2010

AGM AAFM 2010 - Sabtu 20 Mac 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Saudara dan Saudari ahli AAFM dan semua Bekas Pelajar Asrama Semai Bakti sekalian...

Sukacita dimaklumkan bahawa Annual General Meeting (AGM) Persatuan Alumni Asrama FELDA Malaysia (AAFM) bakal berlangsung pada hari Sabtu, 20hb Mac 2010 di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur. Segala keterangan lanjut dan dokumen berkaitan AGM akan dihantar kepada semua kemudian hari sebelum AGM berlangsung.

AGM kali ini akan turut melibatkan pemilihan AJK AAFM yang baru.

Bagi melayakkan saudara/i mengundi AJK pilihan saudara/i, saudara/i perlu terlebih dahulu mendaftar sebagai ahli AAFM yang sah bagi tahun 2010 pada bila-bila masa sebelum AGM berlangsung.

Bagi saudara/i yang ingin bertanding sebagai AJK, saudara/i perlu mendaftar sebagai ahli AAFM bagi tahun 2010 sebelum 31 Jan 2010.

Yuran pendaftaran keahlian adalah RM15.00 dan Yuran Tahunan Keahlian adalah RM50.00.
Bagi yang belum mendaftar sebagai ahli, saudara/i perlu membayar RM65.00 bagi membolehkan saudara/i mengundi bakal AJK atau bertanding sebagai AJK.
Sila isi borang Keahlian AAFM yang dilampirkan bersama email ini.
Bagi yang sudah mendaftar sebagai Ahli AAFM, untuk pembaharuan Keahlian, bayaran sebanyak RM50.00 perlu dibuat.

Bagi yang tidak mahu mengundi dan bertanding, kami tetap menjemput saudara/i hadir bagi memeriahkan AGM dan bertemu kawan2 bekas pelajar Asrama Semai Bakti.
Sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran dan pembayaran sila berhubung dengan
1. Sdr Kamal Arifin Mat Yasin (SU AAFM) di 0129879015 atau email @ kay_doc83@yahoo.com
2. Pn Suryani Mohd Nor (Pen SU) 0173939285 atau email @ suryani2712@yahoo.com.my
Kami berharap agar saudara/i akan mendaftar sebagai ahli AAFM dan datang ke AGM untuk memantapkan lagi Persatuan AAFM kita.
Regards,
Kamal Arifin (KAY)
Tel: +6 012 987 9015

Tuesday, January 5, 2010

Amanat Tahun Baru 2010 Presiden AAFM

Assalamualaikum,
Pertamanya marilah kita mengucapkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana masih diberi beri peluang untuk bertemu dengan tahun baru. Di sini saya mewakili warga kerja AAFM mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 1431H juga tahun Masihi 2010. Doa kami semoga ketibaan tahun baru hijrah ini akan menjadikan diri kita lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Marilah kita mendoakan yang terbaik untuk semua dan juga untuk AAFM kita ini.
Membuka tirai 2010 ini, ada beberapa perkara yang insyaAllah telah diusahakan oleh warga kerja AAFM untuk dilaksanakan bersama-sama dengan Felda dan Yayasan Felda. Untuk pengetahuan bersama, Felda akan melancarkan satu program pelajar Harapan Felda, dimana AAFM telah mendapat kepercayaan Tan Sri Pengerusi Felda untuk melakarkan kertas kerja terbabit, dan juga membantu Felda didalam perlaksanaan dan pemantauannya. Untuk tujuan pemantauan, Unit Pemantauan AAFM akan diketuai oleh En Kamal Mansor dan bagi tujuan ini, dana akan diberikan oleh Yayasan bagi kegunaan ahli-ahli yang sukarela membantu dan melibatkan diri di dalam pemantauan pelajar-pelajar mengikut wilayah masing-masing. Peringkat pemilihan pelajar akan dilaksanakan di dalam bulan Jan dan Feb 2010 ini, dan ahli-ahli akan diberitahu perkembangan selanjutnya. Untuk tujuan ini, saya dan seluruh warga kerja AAFM amat mengharapkan kesediaan sesiapa juga ahli atau bekas pelajar ASB sekiranya berada di wilayah dimana para pelajar itu berada atau wilayah berhampiran, untuk membantu pemantauan sepanjang program berlangsung secara berkala. Yayasan Felda, melalui AAFM ada menyediakan alaun untuk diberikan kepada sesiapa yang melibatkan diri.
Bagi kesinambungan program khidmat masyarakat pula, AAFM akan menganjurkan Khidmat Masyarakat seterusnya seperti dicadangkan di Kerteh, Terengganu pada bulan Mac 2010. Tarikh sebenar akan diumumkan kemudian, dan kami mengharapkan semua ahli atau bekas pelajar dapat sama-sama membantu.
AGM pula akan diadakan juga di bulan Mac 2010, tarikh cadangan ialah pada 20 mac 2010, dan perlu diingat pada tahun ini pemilihan AJK akan diadakan. Jadi saya mengharapkan ramai ahli akan turun untuk memilih peneraju AAFM bagi 2 tahun seterusnya.
Sukacita saya juga maklumkan bahawa AAFM sedang mengusahakan agar anak-anak ahli AAFM yang memenuhi syarat-syarat tertentu dapat diberikan tempat di MRSM Felda di Trolak, yang kini lebih dikenali sebagai Kolej Tun Abdul Razak. Begitu juga dengan Asrama Semai Bakti yang kita sayangi itu. Insya'Allah saya akan ke Felda HQ pada pertengahan Jan ini untuk meneruskan perbincangan dengan pengurusan tertinggi Felda. Sama-samalah kita berdoa semoga usaha ini berjaya untuk kebaikan anak-anak kita semua.
Harapan saya, agar kita semua dapat bersatu demi mendapatkan apa yang boleh dan mempertahankan apa yang "hak" untuk Agama, Bangsa dan Negara. Kebelakangan ini terlalu banyak perkara yang dipersoalkan tentang "kepunyaan kita". Apa yang lebih menyedihkan apabila kita Umat Islam diberikan dengan tamparan hebat dengan "halalnya perkataan Allah dalam bible" oleh mahkamah tinggi. Itulah yang sentiasa akan menghantui kita kerana kita tidak cukup kuat untuk menentang.. kerana kita tidak betul-betul bersatu... Mungkin kita tidak begitu merasainya sekarang, tetapi akan menjadi cabaran yang amat hebat untuk anak-cucu kita nanti... sekiranya ini benar-benar berlaku.
Maka mulai tahun 1431H dan 2010M ini, sekali lagi saya menyeru agar kita sebagai bekas pelajar ASB yang hampir 100% adalah beragama Islam untuk bersatu, supaya kita dapat menyuarakan pandangan, permintaan serta bantahan dengan lebih jitu dan bermakna. Ingatlah bahawa setiap orang dari kita mempunyai tanggung-jawab dan kita akan dipersoalkan nanti kerana kealpaan apatah lagi atas rasa tidak peduli.
Bersatulah demi kebaikan Agama dan Bangsa.. jangan jadikan perkara remeh sebagai alasan untuk bersengketa dan memecah-belahkan sesama kita.
Sekian, sekali lagi salam hormat dari saya dan seluruh warga kerja AAFM, dan semoga semua kita akan dapat dan terus memperbaiki kelemahan dan membina kejayaan bersama.
Wassalam.
AMJ
Presiden AAFM