Friday, July 4, 2008

PERSATUAN ALUMNI ASRAMA FELDA MALAYSIA (0053-08-WKL) BULETIN PERTAMA 01/2008

PERSATUAN ALUMNI ASRAMA FELDA MALAYSIA (0053-08-WKL)


BULETIN PERTAMA 01/2008


Assalamualaikum kepada semua ahli Persatuan Alumni Asrama Felda Malaysia

Semenjak Penubuhan Alumni Asrama Semai Bakti (Alumni) kita secara rasmi, ramai ahli kita sudah mula bergerak untuk menyampaikan maklumat tentang Alumni kita ini kepada seramai mungkin bekas pelajar Asrama Semai Bakti (ASB). Alhamdulillah, dalam tempoh yang sangat singkat kita sudah berjaya mengumpul lebih dari 200 ahli. Jumlah sebenar bekas pelajar sebenarnya sudah mencecah 10000, jadi kami akur perjalanan mengumpul ahli ini masih jauh!

Dua kumpulan ahli Alumni, batch 1983 ASBKL dan batch 1992 ASBKJ telah mengadakan ‘gathering’ dan hari kelurga. ASBKL di Cherating, Kuantan dan ASBKJ di Kuala Lumpur. Maklumbalas yang kami terima ialah ramai bekas ‘merpati sejoli’ zaman asrama kecewa pasangan masing-masing sudah kelihatan teruk dimamah usia! Ramai yang mencadangkan supaya mana-mana doktor dalam alumni kita patut buat ceramah kesihatan untuk ahli dulu sebelum membuat aktiviti-aktiviti di ASB! Saya rasa cadangan itu memang patut difikirkan secara serius.

Di samping itu, kita juga membuat aktiviti melawat asrama-asrama Semai Bakti, dan membuat perancangan bersama pengurusan ASB untuk melakukan aktiviti-aktiviti anjuran alumni di ASB.

Usaha juga sedang dijalankan untuk mendapatkan pejabat yang sesuai dan seorang kakitangan pentadbiran sepenuh masa untuk Alumni kita. Buat masa ini, segala aktiviti Alumni dilapurkan di blog spot Alumni yang diselenggarakan oleh Saudara Azizi Abu Bakar. Insya Allah sekiranya keadaan kewangan kita mengizinkan, kita akan mendapatkan webmaster untuk mengendalikan website kita.

AJK Alumni membuat mesyuarat bulanan di KL. Beberapa aktiviti telah dirancang khusus untuk dilaksanakan di ASB. Seperti yang semua ahli maklum, tumpuan utama kita untuk 2 tahun pertama ialah membantu melancarkan program pendidikan dan pembinaan modal insan di ASB, disamping melaksanakan aktiviti-aktiviti yang membolehkan sebanyak mungkin ahli kembali ‘ke pangkuan’ ASB untuk menyuburkan kembali persahabatan yang telah sekian lama luntur!


Senarai aktiviti yang dirancang untuk tempoh terdekat ialah:

1. An Evening with Seniors pada bulan Ogos 2008

Aktiviti ini melibatkan ahli dan pelajar. Ahli akan habiskan masa sebelah malam di ASB bersama pelajar. Kita akan adakan ceramah motivasi dan para ahli akan menjadi motivator dalam sesi tersebut. Kita juga rancang untuk adakan Qiamullail dan pada keesokannya kursus teknik menjawab soalan peperiksaan yang dikendalikan oleh professional. Kita tidak perlu hadir sama semasa kursus tersebut. Namun begitu, semua ahli yang hadir amat digalakkan untuk ‘stay’ sampai Qiamullail!

2. Beyond SPM

Ini merupakan seminar kerjaya yang diadakan secara bersiri. Kita akan melibatkan ahli-ahli dan professional luar dari pelbagai bidang untuk mengadakan seminar kerjaya di ASB. Untuk memudahkan pentadbiran, kita bercadang supaya penyampaian tersebut diadakan untuk tempoh 30 minit semasa perhimpunan asrama sebulan sekali.

3. Majlis berbuka puasa bersama ASB

Kita akan mengadakan majlis tersebut di ke empat-empat ASB. Insya Allah ianya akan dipertanggungjawabkan kepada liaison officer asrama untuk melaksanakan program tersebut. Adalah dicadangkan untuk ahli mengumpul dana untuk membiayai sebahagian juadah berbuka puasa dan aktiviti keagamaan pada malam tersebut.


Kita juga telah bincangkan banyak lagi aktiviti, contohnya Konvensyen Peringkat Nasional anjuran Alumni, perlaksanaan sistem mentor di asrama, pertandingan sukan persahabatan antara alumni dan pelajar dan pihak luar dan sebagainya. Insya Allah, kita akan mengembangkan aktiviti Alumni selaras dengan objektif persatuan kitadalam tempoh terdekat. Persatuan kita sekarang ini sedang melalui ‘teething period’ dan belum mantap lagi! Jadi diharap saudara-saudari bersabar ya…

Kami akan maklumkan kepada saudara-saudari perkembangan Alumni kita melalu newsletter 3 kali setahun, e-mail dari masa ke semasa, dan menerusi blog spot kita iaitu: http://alumniasramafelda.blogspot.com

Doakan kejayaan kita. Seperti mana nasib kita berubah dengan bantuan orang lain, kita berharap usaha kita akan memperbaiki nasib lebih ramai lagi anak-anak Felda!

Salam dari

Dr. Mohamad Ismail Ali
Naib Presiden
Persatuan Alumni Asrama FELDA Malaysia
Sila layari : http://alumniasramafelda.blogspot.com

No comments :

Post a Comment