Monday, April 14, 2008

PRC Signup

Saudara/Saudari,

Saya, Anuar Mohamed,ahli Alumni Asrama Felda Malaysia (AAF),juga ex-
AFKL SPM 83, telah dilantik mengetuai PRC bagi AAF mulai 12 Apr 2008.
Bidang tugas PRC di antaranya ialah untuk memperkenalkan AAF kepada
Bekas Pelajar Asrama Semai Bakti Felda (BPASBF),masyarakat Felda,
persatuan2 di dalam dan di luar Felda serta lain2 agensi/institusi yg
difikirkan mampu menyokong perkembangan AAF.

Sasaran utama PRC ialah untuk menambah ahli berdaftar AAF yg setakat
ini berjumlah 271, iaitu hanya 2.3% dari 11,900 (jumlah anggaran
BPASBF). AAF mengidamkan agar semua 11,900 BPASBF(jumlah ini bakal
meningkat setiap tahun)menjadi ahli AAF.

Saya memerlukan bantuan dan sokongan ikhlas saudara/saudari untuk
membantu PRC mencapai sasaran tersebut dgn beberapa cara, di
antaranya:

a. Menawarkan diri menjadi ahli kpd PRC.Saudara/saudari dan saya akan
bersama2 menghulurkan tangan kpd BPASBF yg belum berdaftar mengajak
mereka menyertai AAF. Kalau perlu kita mencari mereka ke tanah
rancangan, kita akan usahakan. Kita akan bertukar2 fikiran,berdebat
dan berbincang untuk merangka pelan tindak yg bakal kita laksanakan.

b. Memaklumkan kpd Batch saudara/i yg belum menyertai AAF agar
menyertai AAF. AAF telahpun menyediakan program2 dan aktiviti2 yg
bakal dilaksanakan dalam tempoh 2 tahun ini. Program tersebut akan
dikeluarkan dalam masa terdekat ini.Dengan menyertai AAF kita dan
anak2 kita akan mendapat beberapa kelebihan.

c. Mencadangkan pendekatan yg saudara/i fikirkan paling sesuai dan
berkesan untuk menambah ahli AAF.

d. Saya juga meminta jasa baik saudara/i untuk memasukkan apa yg saya
tulis ini ke mana-mana blog yg dikelolakan oleh BPASBF tak kira KL,
Kuantan dan Johor Bahru.

Alumni (AAF) memerlukan sokongan, bantuan dan kerjasama saudara/i
untuk melaksanakan aktiviti2 untuk faedah kita bersama. Teras kpd
aktiviti AAF adalah Agama, Perpaduan, Pendidikan dan Akhlak.

Sekiranya saudara/i mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi saya di
talian 012-9840173, e-mail:am9166@yahoo.com

Saya menunggu dan amat mengalu2kan penyertaan saudara/saudari.

Suria Muncul Di Pagi Hari
Kita Bangun Sederap Kaki
Menara Bangsa Akan Kita Bina
Perkasa Tiada Rebah Lagi

Anuar Mohamed
AAF SPM 83
AJK PR

No comments :

Post a Comment