Friday, December 12, 2008

Program Kemasyarakatan AAFM di Jengka - 20 & 21 Disember

Kawan-kawan, Seperti yang telah dimaklumkan di dalam warta kita yang lalu Program Kemasyarakatan AAFM di Jengka akan diadakan selama 2 hari pada 20 & 21 Disember 2008 akan datang. Program "Kembali Berkhidmat Untuk Masyarakat" kita ini telah telah menarik minat banyak pihak terbabit termasuk Pejabat DUN Jengka & Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) untuk terlibat secara tidak lansung menjayakan program "Berkhidmat Kepada Masyarakat" kita ini yg ulung ulung kalinya diadakan. MBFM & Pejabat DUN Jengka & beberapa individu tertentu yang budiman telah tampil kehadapan untuk memberikan derma sepenuhnya untuk AAFM menjayakan Program Kemasyarakatan kita ini. Di sini kami ingin memberikan sedikit pengenalan ringkas berkenaan program ini:
Program Semaibakti “Kembali Berkhidmat Untuk Masyarakat” ini adalah program kemasyarakatan anjuran Alumni Asrama Felda Malaysia (AAFM) & ADUN Jengka dengan kerjasama Felda & Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM). Beberapa objektif dan matlamat utama sasaran program ini adalah:


  • Memberikan kesedaran kepada kalangan pelajar-pelajar mengenai pentingnya pengkhususan akademik dalam menentukan pemilihan kerjaya yang betul di masa hadapan.
  • Meningkatkan kesedaran dan memberikan pendedahan positif kepada pelajar-pelajar dan masyarakat Felda mengenai gejala sosial semasa yang menular di kalangan masyarakat belia Felda khususnya.
  • Membantu masyarakat setempat dalam mengenalpasti permasalahan semasa yang dihadapi dan mengadakan perbincangan bersama untuk melahirkan idea mengenai cara-cara terbaik untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.
  • Mengeratkan silaturrahim antara AAFM dengan masyarakat setempat amnya dan Felda khasnya

Berkonsepkan khidmat kemasyarakatan, program ini membabitkan penyertaan lebih 600 peserta dari kalangan warga peneroka, belia serta pelajar sekolah di Wilayah Jengka. Hampir 100 orang sukarelawan dari AAFM, Pejabat ADUN Jengka, MBFM, Pejabat Felda Wilayah Jengka, Pegawai Pendidikan & Guru sekolah Wilayah Jengka, UITM Jengka, Pegawai Kesihatan, Pasukan Keselamatan dan IKM Pahang, berkhidmat memberikan bantuan dalam menjayakan program ini. Program ini yang di adakan serentak di dua lokasi akan dirasmikan oleh ADUN Jengka. Aktiviti utama pengisian program selama 2 hari ni merangkumi ceramah motivasi pelajar, ceramah motivasi ibubapa, ceramah kerjaya, acara berkhatan, pameran kesihatan, pameran anti-dadah, ceramah agama & qiamullail, sesi dialog antara warga peneroka & penganjur, serta acara sukan rakyat. Majlis Penutup akan disempurnakan oleh Pengerusi Felda sendiri.

“Bakti Disemai Budi Dituai”, kami di AAFM menghargai sumbangan Felda kepada kejayaan kami sekarang. Program ini adalah bukti dan lambang kami, warga Felda yang telah berjaya di berbagai bidang professional, bersama bergiat cergas dalam AAFM, tidak melupai jasa dan sumbangan Felda tesebut. Jesteru kami kembali membantu Masyarakat Felda mengikut kemampuan kami.
Pengerusi Felda, YBhg Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor telah bersetuju untuk hadir untuk menyempurnakan Majlis Penutup program ini. Antara sebab utama kehadiran beliau ke program ini adalah kerana sokongan kuat & komitmen beliau kepada AAFM.

Jesteru itu, kami semua AJK AAFM ingin menjemput semua Ahli AAFM dan bekas pelajar-pelajar Asrama Felda dari seluruh Malaysia untuk hadir ke Jengka memberikan sokongan kepada program AAFM ini, memberikan sokongan dan komitmen kepada AAFM, juga kembali membantu Masyarakat Felda, masyarakat yang tidak kita lupai. Kami amat menghargai kehadiran anda semua ke Program Jengka, terutamanya kehadiran pada Majlis Penutup bersama Tan Sri sebagai menunjukan komitmen AAFM pada Felda . Sila panjangkan jemputan kepada semua yang lain.
Sila rujuk kepada Lampiran untuk Aturcara Program Sekian. Wassalam
Kamal Doc
for Presiden AAFM -- Abdul Malik Jalil & Semua AJK Penyelaras Program AAFM Jengka

No comments :

Post a Comment