Tuesday, February 5, 2008

Majlis Tahlil dan Jamuan Makan Tengahari Bersama Ibu Siti

Majlis Tahlil dan Jamuan Makan Tengahari di rumah Ibu Siti pada 3 Feb 2008. Sila Klik Gambar di atas untuk album

UCAPAN TERIMAKASIH - PROGRAM BERSAMA IBU

Assalamualaikum semua.
 
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua yang sudi hadir melapangkan masa berkunjung ke rumah Ibu di Ulu Klang pada Ahad lepas. Ibu sebenarnya amat berbesar hati dengan kehadiran anak-anak asrama beliau "terubat rindu Ibu selama ni".  Doa Majlis Tahlil pimpinan Abang Long kita sungguh menyentuh perasaan para tetamu yang hadir termasuk Datuk Abas dan Datin Nursiah. Beliau berharap agar program anjuran AAF akan berterusan dan mendapat sambutan yang lebih baik lagi dimasa akan datang.  Beliau akan cuba sedaya upaya untuk hadir dalam semua majlis yang akan kita anjurkan selepas ini.  Datuk Mat Abas berpesan supaya semua kita bersatu hati untuk menjayakan apa saja program semoga tali silahtulrahim berkekalan.
 
Jangan lupa untuk turut hadir pada 23hb Mac 2008 di Dewan Merak Kayangan Felda.  Kepada sesiapa yang belum mendaftar sila berurusan dengan Saudari Norainy Ahmad Zathu (norainy.ahmadzathu@malakoff.com.my).  Kemukakan calon pilihan anda untuk kebaikan kita bersama demi kemajuan Alumni dan anak-anak kita semua. 
 
Adalah diingatkan kepada yang belum pernah menghadirkan diri dalam sebarang majlis yang dianjurkan inilah masanya dan peluang untuk kita bertemu dan menyambung semula silahtulrahim sesama kita.  Ingatlah "Masa Itu Umur".  Kita tidak tahu setakat mana jangka hayat kehidupan kita, entah esok lusa kita dipanggil bertemu yang Maha Esa.
 
Mungkin dengan tereratnya silahtulrahim ini kita boleh berbakti semula kepada warga Felda atau mungkin untuk anak-anak dan bangsa kita.  Tibalah masanya untuk kita pula menabur bakti pada mereka yang memerlukan.  Kalau tidak dengan wang ringgit mungkin dengan masa, keringat atau idea-idea bernas yang kita berikan dapat memperkasakan lagi bangsa dan agama kita.
 
Salam Silatulrahim
Zakaria Don
Setiausaha Protem

Jamuan di Restoran Nelayan - Taman Tasik Titiwangsa

Sila Klik di Gambar untuk Melihat koleksi gambar yang diambil semasa jamuan tersebut. Tahniah untuk sahabat sahabat yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini. We salute you!
Wassalam

PESANAN DARI TUAN PRESIDEN PROTEM

Salam semua,

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga Alumni didaftarkan dan insyaAllah
mesyuarat agong akan berlangsung tak lama lagi. Terima kasih Ani,
Saadiah, Abg Malik, Zek dan protem yang lain yang telah
bersungguh-sungguh mengusahakannya. Cubalah usahakan agar seramai
mungkin bekas pelajar Asrama Felda di seluruh Malaysia tanpa mengira
peringkat agar sama-sama menghadiri mesyuarat dan memilih calon pemegang
jawatan. Sesiapa yang sukarela ingin menjadi calon dialu-alukan
memperkenal dan menawarkan diri di dalam blog asbkl atau mana-mana media
yg boleh digunakan. Alumni memerlukan pemegang jawatan yang bersih hati
dan komited dalam tugas. Jauhi dari Asrama ataupun batch monopoli. Kita
tidak mahu jawatan dipegang oleh AFKL atau AFKT sahaja. Kita tidak mahu
juga hanya Batch 1983 yang memonopoli jawatan melainkan memang sudah
tiada pilihan. Biarlah semua orang mengambil bahagian.

Seperti yang saya ucapkan dalam Pertemuan Alumni pada May 07 lalu,
cabaran utama ialah untuk menghidupkan aktiviti Alumni dengan fokusnya
ialah untuk membantu semua pelajar asrama berjaya dalam PMR dan SPM juga
di Universiti.Selain itu membantu bekas pelajar yang masih mengganggur.
Abang2 yang telahpun berjaya dalam karier masing2 diharap dapat
membantu. Idea dan pandangan semua dialu-alukan.

Terima kasih juga kepada Protem dan yg lain kerana hadir di rumah ibu
Siti. Kehadiran Dato Mohd Abas juga sesuatu yg patut kita semua hargai.
Ia melambangkan sayang dan komitmen beliau kepada pelajar Asrama yang
berpanjangan.Abang Malik, tolong sampaikan salam saya kepada beliau dan
keluarga.

Semoga Mesyuarat Agong berjalan dengan lancar dan mencapai objektif.

Terima kasih.

Anuar
Cartagena
Spain

Monday, February 4, 2008

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERTAMA PERSATUAN ALUMNI ASRAMA FELDA MALAYSIA



---------- Forwarded message ----------
From: Norainy Ahmad Zathu - MCB <norainy.ahmadzathu@malakoff.com.my>
Date: 2008/2/4
Subject: NOTIS MESYUARAT AGUNG PERTAMA PERSATUAN ALUMNI ASRAMA FELDA MALAYSIA

 

PERSATUAN ALUMNI ASRAMA FELDA MALAYSIA (0053-08-WKL)

F4, Taman Tunku, Jalan Bukit Tunku, 50480 Kuala Lumpur

Tel : + 603- 6201 9800          Fax : + 603 - 6201 9800

 

Ruj :     AAF/notis/ZD/2008/0001

 

 

4 Februari 2008


Presiden, Naib Presiden
Ahli Jawatankuasa PROTEM
Ahli Persatuan Alumni Asrama Felda Malaysia


Yang Berbahagia
Dato'/ Datin/ Tuan/Puan/Cik


NOTIS MESYUARAT AGUNG PERTAMA PERSATUAN ALUMNI ASRAMA FELDA MALAYSIA.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Alumni Asrama Felda Malaysia akan mengadakan Mesyuarat Agung  Pertama  seperti berikut:

 

            Tarikh              :           Ahad, 23 Mac 2008

            Masa              :           8.30 – 9.30 pagi         Pendaftaran Ahli

                                                10.00  pagi                 Mesyuarat

           

            Tempat           :           Dewan Merak Kayangan, Kuala Lumpur


2.        Ahli Jawatankuasa PROTEM dengan penuh takzimnya menjemput YB Dato'/Datin/Tuan/Puan/Cik untuk menghadiri Mesyuarat Agung Pertama Persatuan Alumni Asrama Felda Malaysia ini.

 

3.         Semua bekas pelajar Asrama Felda adalah dialu-alukan untuk menjadi ahli dan adalah diharapkan dapat sama-sama hadir pada mesyuarat tersebut. Bagi yang belum mendaftar sebagai ahli, sila mendaftar keahlian sebelum mesyuarat tersebut.

 

4.        Sukacita YB Dato'/Tuan/Puan/Cik dapat mengesahkan kehadiran kepada kami melalui e-mail: norainy.ahmadzathu@malakoff.com.my selewat-lewatnya pada hari Khamis, 21 Februari 2008.            

5.         Kehadiran semua adalah amat penting bagi tanggungjawab kita bersama terhadap Persatuan Alumni. Di atas perhatian dan kerjasama daripada pihak YB
Dato'/Datin/Tuan/Puan/Cik ke Mesyuarat Agung Pertama ini didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Saya berharap, agar pihak tuan/puan dapat memanjangkan maklumat ini kepada semua bekas pelajar Asrama Felda yang berkaitan.

 

Saya yang menjalankan tugas.

 

 


ZAKARIA DON
Setiausaha
PROTEM

Persatuan Alumni Asrama Felda Malaysia

 

 

 

AGENDA MESYUARAT AGONG PERTAMA

PERSATUAN ALUMNI ASRAMA FELDA MALAYSIA 

 

1.                  Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

 

2.                  Ucapan dari Pemangku Presiden PROTEM

 

3.                  Ucapan perasmian

 

4.                  Pemilihan Jawatankuasa baru bagi sesi tahun 2008/2010:

 

 

4.1              Seorang Presiden

4.2              Seorang Naib Presiden

4.3              Seorang Setiausaha

4.4              Seorang Penolong Setiausaha

4.5              Seorang Bendahari

4.6              Seorang Penolong  Bendahari

4.7              Lima belas orang (15) orang Ahli Jawatankuasa biasa

4.8              Dua (2) orang Pemeriksa Kira-Kira

4.9              Tiga (3) orang pemegang Amanah

 

5.                  Membincangkan usul-usul (Jika ada)

 

4.         Ucapan penangguhan oleh Presiden yg baru

Perjumpaan Di Rumah Ibu Siti

Assalamualaikum semua,
 
Alhamdulillah,  majlis diadakan dengan jayanya.. tahniah penganjur kerana usaha yang tidak kenal erti jemu demi mengeratkan siratulrahim sesama kita dan juga mengenang jasa 'orang lama' yang telah memcurahkan bakti kepada kita dahulu. Bukanya senang nak kumpul orang ni.
 
Dek kerana terlalu 'menstereotype' kan majlis, saya terlepas pandang pada aturcara dimana majlis tahlil diadakan pada sebelah pagi. Saya ingatkan selepas zohor. So, terlepaslah... Apa apapun, saya amat berterimakasih dengan sahabat - sahabat yang datang.
 
Saya jumpa Sufie sekeluarga, Hajah Ana dan anak gadisnya, Salmee dan Roslina MRCB (Dia dah masuk kereta, saya baru sampai.. dia tak perasan kot). Seronok lah juga bila mendengar celoteh Ibu Siti, Abang Zahran dan kawan kawan semua. Saya boleh nampak kegembiraan pada wajah ibu siti.. 'Kalaulah Datin masih ada, mungkin semakin riuh bercerita'... Begitulah kata kata yang didengar dari Ibu Siti dan Abang Zahran... So, agak kesal juga tak datang awal untuk majlis tahlil tu...
 
Apa apa pun, antara perkara yang dibincangkan, kemungkinan mesyuarat agung pertama pada minggu akhir March... So, bersedia... Wassalam.. Nak Cepat.. Member tengah tunggu nak ajak pergi makan Nasi Ayam.. Thanks

Perjumpaan di rumah Ibu Siti 2 Feb 2008


---------- Forwarded message ----------
From: Norainy Ahmad Zathu - MCB <norainy.ahmadzathu@malakoff.com.my>
Assallamualaikum kawan-kawan semua.

Alhamdulillah kedatangan setakat ini seramai 46 orang....insyaallah by
tomorrow mungkin ramai lagi yg akan hadir. Esok dah cuti Hari Wilayah
jadi saya tidak akan berada di office. Sebarang pertanyaan sila hubungi
012 3339182, Salmee 019 6671968, Zakaria 019 2667362, Abg Malik 012
7752275, Dr Sham 019 7509297, Abg Kamal Mansoor 019 2127454.

Bersama ini disertakan map untuk ke rumah Ibu. Panduan untuk kawan-kawan
semua, setelah buat U-turn di Zoo Negara, selepas masjid dan kemudian
Sekolah Rendah Ulu Kelang........akan nampak semula jejantas bertulis
Sering Ukay. Beri signal untuk ke kiri kerana selepas bus stop dan
restoran tom yam iaitu sebelum jejantas kena belok kiri. Rumah Ibu di
sebelah kanan dan pagarnya warna hijau.

Jumpa di rumah Ibu Siti !!!!!!!!!


Norainy Ahmad Zathu
Malakoff Corporation Berhad (731568-V)
Email: norainy.ahmadzathu@malakoff.com.my


Life ends when U stop dreaming, Love ends when U stop caring, Friendship
ends when U stop sharing"



-----Original Message-----
From: Salmee Ahmad Zathu [mailto:salmee.zathu@gmail.com]
Sent: Thursday, January 31, 2008 11:50 AM
To: Norainy Ahmad Zathu - MCB
Subject: zakariadon@gmail.com

Salam,

Tolong forwardkan.

Mie.