Tuesday, February 5, 2008

PESANAN DARI TUAN PRESIDEN PROTEM

Salam semua,

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga Alumni didaftarkan dan insyaAllah
mesyuarat agong akan berlangsung tak lama lagi. Terima kasih Ani,
Saadiah, Abg Malik, Zek dan protem yang lain yang telah
bersungguh-sungguh mengusahakannya. Cubalah usahakan agar seramai
mungkin bekas pelajar Asrama Felda di seluruh Malaysia tanpa mengira
peringkat agar sama-sama menghadiri mesyuarat dan memilih calon pemegang
jawatan. Sesiapa yang sukarela ingin menjadi calon dialu-alukan
memperkenal dan menawarkan diri di dalam blog asbkl atau mana-mana media
yg boleh digunakan. Alumni memerlukan pemegang jawatan yang bersih hati
dan komited dalam tugas. Jauhi dari Asrama ataupun batch monopoli. Kita
tidak mahu jawatan dipegang oleh AFKL atau AFKT sahaja. Kita tidak mahu
juga hanya Batch 1983 yang memonopoli jawatan melainkan memang sudah
tiada pilihan. Biarlah semua orang mengambil bahagian.

Seperti yang saya ucapkan dalam Pertemuan Alumni pada May 07 lalu,
cabaran utama ialah untuk menghidupkan aktiviti Alumni dengan fokusnya
ialah untuk membantu semua pelajar asrama berjaya dalam PMR dan SPM juga
di Universiti.Selain itu membantu bekas pelajar yang masih mengganggur.
Abang2 yang telahpun berjaya dalam karier masing2 diharap dapat
membantu. Idea dan pandangan semua dialu-alukan.

Terima kasih juga kepada Protem dan yg lain kerana hadir di rumah ibu
Siti. Kehadiran Dato Mohd Abas juga sesuatu yg patut kita semua hargai.
Ia melambangkan sayang dan komitmen beliau kepada pelajar Asrama yang
berpanjangan.Abang Malik, tolong sampaikan salam saya kepada beliau dan
keluarga.

Semoga Mesyuarat Agong berjalan dengan lancar dan mencapai objektif.

Terima kasih.

Anuar
Cartagena
Spain

No comments :

Post a Comment