Monday, February 4, 2008

Perjumpaan Di Rumah Ibu Siti

Assalamualaikum semua,
 
Alhamdulillah,  majlis diadakan dengan jayanya.. tahniah penganjur kerana usaha yang tidak kenal erti jemu demi mengeratkan siratulrahim sesama kita dan juga mengenang jasa 'orang lama' yang telah memcurahkan bakti kepada kita dahulu. Bukanya senang nak kumpul orang ni.
 
Dek kerana terlalu 'menstereotype' kan majlis, saya terlepas pandang pada aturcara dimana majlis tahlil diadakan pada sebelah pagi. Saya ingatkan selepas zohor. So, terlepaslah... Apa apapun, saya amat berterimakasih dengan sahabat - sahabat yang datang.
 
Saya jumpa Sufie sekeluarga, Hajah Ana dan anak gadisnya, Salmee dan Roslina MRCB (Dia dah masuk kereta, saya baru sampai.. dia tak perasan kot). Seronok lah juga bila mendengar celoteh Ibu Siti, Abang Zahran dan kawan kawan semua. Saya boleh nampak kegembiraan pada wajah ibu siti.. 'Kalaulah Datin masih ada, mungkin semakin riuh bercerita'... Begitulah kata kata yang didengar dari Ibu Siti dan Abang Zahran... So, agak kesal juga tak datang awal untuk majlis tahlil tu...
 
Apa apa pun, antara perkara yang dibincangkan, kemungkinan mesyuarat agung pertama pada minggu akhir March... So, bersedia... Wassalam.. Nak Cepat.. Member tengah tunggu nak ajak pergi makan Nasi Ayam.. Thanks

No comments :

Post a Comment