Tuesday, February 5, 2008

UCAPAN TERIMAKASIH - PROGRAM BERSAMA IBU

Assalamualaikum semua.
 
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua yang sudi hadir melapangkan masa berkunjung ke rumah Ibu di Ulu Klang pada Ahad lepas. Ibu sebenarnya amat berbesar hati dengan kehadiran anak-anak asrama beliau "terubat rindu Ibu selama ni".  Doa Majlis Tahlil pimpinan Abang Long kita sungguh menyentuh perasaan para tetamu yang hadir termasuk Datuk Abas dan Datin Nursiah. Beliau berharap agar program anjuran AAF akan berterusan dan mendapat sambutan yang lebih baik lagi dimasa akan datang.  Beliau akan cuba sedaya upaya untuk hadir dalam semua majlis yang akan kita anjurkan selepas ini.  Datuk Mat Abas berpesan supaya semua kita bersatu hati untuk menjayakan apa saja program semoga tali silahtulrahim berkekalan.
 
Jangan lupa untuk turut hadir pada 23hb Mac 2008 di Dewan Merak Kayangan Felda.  Kepada sesiapa yang belum mendaftar sila berurusan dengan Saudari Norainy Ahmad Zathu (norainy.ahmadzathu@malakoff.com.my).  Kemukakan calon pilihan anda untuk kebaikan kita bersama demi kemajuan Alumni dan anak-anak kita semua. 
 
Adalah diingatkan kepada yang belum pernah menghadirkan diri dalam sebarang majlis yang dianjurkan inilah masanya dan peluang untuk kita bertemu dan menyambung semula silahtulrahim sesama kita.  Ingatlah "Masa Itu Umur".  Kita tidak tahu setakat mana jangka hayat kehidupan kita, entah esok lusa kita dipanggil bertemu yang Maha Esa.
 
Mungkin dengan tereratnya silahtulrahim ini kita boleh berbakti semula kepada warga Felda atau mungkin untuk anak-anak dan bangsa kita.  Tibalah masanya untuk kita pula menabur bakti pada mereka yang memerlukan.  Kalau tidak dengan wang ringgit mungkin dengan masa, keringat atau idea-idea bernas yang kita berikan dapat memperkasakan lagi bangsa dan agama kita.
 
Salam Silatulrahim
Zakaria Don
Setiausaha Protem

No comments :

Post a Comment