Wednesday, May 30, 2012

Sesi temuduga kursus ' Training Aircraft Maintenance Engineer (TAME) & Trainee Junior Technician (TJT).

Pengumuman :

>> Kepada pemohon yang berminat menyertai kursus ini TETAPI tidak berpeluang menghadiri sesi temuduga yang telah diadakan di 4 buah wilayah sebelum ini, sila hubungi :

JABATAN INOVASI & PEMBANGUNAN GENERASI BARU FELDA

TINGKAT 2, WISMA FELDA

JALAN PERUMAHAN GURNEY

54000 KUALA LUMPUR.

No. Tel :03-2617 2617 ( Pn. Hamimah )

:03-2617 4017 ( Pn. Rashimah )

:03-2617 4020 ( En. Azrul/ Cik. Nora )

No. Fax : 03-2694 8271

 AKADEMI MAS TRAINING AIRCRAFT
MAINTENANCE ENGINEER ( TAME )
Bil. JENIS KURSUS

1. Training Aircraft Maintenance
Engineer (TAME)
TEMPOH PENGAJIAN
v 5 Tahun Sahaja
PENCAPAIAN AKADEMIK
v Kelayakan : Lulus Sijil Pelajaran ( SPM )
Mendapat 4B termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik
dan Fizik
v Lulus pemeriksaan kesihatan oleh panel MAS ( Selepas Temuduga )
SYARAT KELAYAKAN
v Warganegara Malaysia
v Pemohon seorang anak peneroka/ anak kakitangan Felda/ cucu peneroka (cucu
yang tinggal bersama peneroka dan mendapat pengesahan daripada Pengurus
Rancangan)
v Belum Berkahwin
v Lelaki/ Perempuan
v Umur tidak melebihi 23 tahun pada tarikh pengambilan

 TRAINEE JUNIOR TECHNICIAN
( TJT )
Bil. JENIS KURSUS
1. Juruteknik Penyelengaraan
Pesawat (TJT)
TEMPOH PENGAJIAN
v 2 Tahun
PENCAPAIAN AKADEMIK
v Kelayakan : Lulus Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) sekurang-kurangnya
mendapat 4 kredit termasuk mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris,
Matematik dan Fizik
SYARAT KELAYAKAN
v Warganegara Malaysia
v Pemohon seorang anak peneroka/ anak kakitangan Felda/ cucu peneroka (cucu
yang tinggal bersama peneroka dan mendapat pengesahan daripada Pengurus
Rancangan)
v Belum Berkahwin
v Lelaki/ Perempuan
v Umur tidak melebihi 23 tahun pada tarikh pengambilan
v Tidak rabun warna
TEMPAT KURSUS
LATIHAN KEJURUTERAAN
MAS Complex A
3rd Floor, Hanger D2
47200 Subang, SAAS Air
Selangor, Darul Ehsan.
SENARAI PELAJAR HARAPAN FELDA (PHF) BAGI PROGRAM PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PMR TAHUN 2012 PADA 28/5/2012 HINGGA 8/6/2012 DI ASRAMA SEMAI BAKTI KUALA LUMPUR


1 NOR FARAH FARHANA BT MOHD SALLEH Felda Linggiu
2 NORSHAHIRA BINTI ISA Felda Pemanis 2
3 MOHD ASYRAF BIN MOHD SHARIF Felda Sg Tiang
4 NUR FATIN ANISHA BT HASAN Felda Kemahang 2
5 JEFRI BIN MOHD NORDIN Felda Raja Alias 2
6 MUHAMMAD ZAHIR BIN ASAHAR Felda Raja Alias 1
7 NUR AZIATUL BT KHAZIZI Felda Lurah Bilut
8 MUHAMAD HARRIS MUSTAQIM BIN ALI Felda Sg Retang
9 MUHAMMAD SAHRULFAHMI BIN MD SENAN Felda Selanchar 4
10 KHAIRUNNISA BT ZAINUDIN FeldaChini Timur 3
11 SYAIFUL HAMZAH BIN SOPIAN Felda Chemomoi
12 MUHAMAD HAZMIZARUL BIN HAMZAH Felda Papulut
13 NURUL AISYAHTUL ASYIKIN BT KAMARUDIN Felda Kerteh 2
14 MUHAMMAD ASYRAF BIN MOKHTARUDIN Felda Tenggaroh 4
15 NOR EKMAL BT YUSOF Felda Selasih

Thursday, March 3, 2011

Mesyuarat Agong 2011

Assalamualaikum w.r.t.
(Sila lihat lampiran)
PERSATUAN ALUMNI ASRAMA FELDA MALAYSIA (0053-08-WKL)
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2011
Semua Ahli AAFM,
Dengan ini notis diberikan kepada semua ahli AAFM bahawa Mesyuarat Agung Tahunan 2011 Persatuan Alumni Asrama Felda Malaysia (AAFM) akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : Sabtu, 19hb. Mac 2011
Masa : 1:30 Petang (Dimulai dengan Pendaftaran)
Tempat : PICC, Putrajaya
(Diadakan In Conjunction with Konvensyen Generasi Baru Felda)
Agenda :
1. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan 2010 yang telah berlangsung pada Sabtu, 20hb. Mac 2010
2. Hal-hal berbangkit
3. Laporan Presiden dan Penerimaan Laporan
4. Pembentangan, Penerimaan dan Pengesahan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2010.
5. Pembentangan dan Penerimaan Program AAFM 2011
6. Pembentangan Usul*
7. Lain-lain Hal
8. Ucapan Penutup
* Sebarang Usul hendaklah disampaikan melalui email kepada nama-nama dibawah selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung berlangsung (pada atau sebelum Sabtu, 5hb. Mar 2011)
1. Setiausaha AAFM, Mohd Said Kamis (saidkamis@gmail.com)
2. Penolong Setiausaha AAFM, Suryani Mohd Nor (suryani2712@yahoo.com.my)
3. AJK Khas AAFM, Kamal Arifin (kay_doc83@yahoo.com)
** Peringatan kepada semua untuk memperbaharui keahlian atau mendaftar sebagai ahli sebelum Mesyuarat Agung untuk melayakkan anda mengambil bahagian sebagai ahli sah dan dapat memberikan suara pada Mesyuarat tersebut.
*** AJK juga telah memutuskan untuk memberikan potongan istimewa kepada sesiapa yang mendaftar sebagai Ahli Seumur Hidup sebelum tarikh Mesyuarat Agung dengan kadar istimewa Yuran Keahlian hanya RM 200 (biasa RM 300). Yuran pendaftaran (untuk pendaftaran baru sahaja) adalah RM 15.00
**** Segala dokumen lain berkaitan akan di hantar kepada semua ahli dalam tempoh 14 hari sebelum AGM.
Nota Penting:
- Mesyuarat Agung ini akan diadakan in conjunction with Konvesyen Generasi Baru Felda. AAFM menawarkan tempat menginap percuma on twin sharing basis kepada 100 Ahli yang pertama yang membuat confirmation/tempahan hadir dengan konsep "First Come First Serve" basis. Semua Ahli yang menginap juga diwajibkan hadir Konvensyen Generasi Baru Felda tersebut.
- Untuk tempahan / confirmation, sila ajukan kepada nama-nama di atas - (Said Kamis, Suryani & Kamal)
- Agenda Penuh untuk seluruh event akan diberitahu kelak.
Nota-nota lain:
- Ahli-ahli yang ingin memperbaharui keahlian bolehlah membuat bayaran secepat mungkin sebelum AGM.
- Pendaftaran Ahli Baru bolehlah dibuat menggunakan borang seperti di lampiran dan menghantarkan borang yang telah diisi kepada Setiausaha AAFM (kadar istimewa diberikan untuk pendaftaran ahli seumur hidup seperti penerangan di atas)
- Bayaran terus bolehlah dibuat kepada akaun AAFM seperti di bawah. Sila email scanned copy (soft copy) slip bayaran kepada setiausaha setelah bayaran dibuat sebagai pengesahan.
Bank : CIMB ISLAMIC BANK
No Akaun : 1401 0000 3081 09
Nama: PERSATUAN ALUMNI ASRAMA FELDA MALAYSIA
No Daftar (ROS) : 0053-08-WKL (sekiranya perlubila membuat bayaran on-line)
SEMUGA KITA BERTEMU DI PUTRAJAYA NANTI...
MOHAMAD ISMAIL ALI
NAIB PRESIDEN
PERSATUAN ALUMNI ASRAMA FELDA MALAYSIA

Gambar 1st AGM di Dewan Merak Kayangan 23 Mac 2008

Sila Klik Gambar Di Atas bagi Melihat Suasana di mesyuarat Agung Alumni Asrama Felda Yang Pertama

Thursday, January 7, 2010

AGM AAFM 2010 - Sabtu 20 Mac 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Saudara dan Saudari ahli AAFM dan semua Bekas Pelajar Asrama Semai Bakti sekalian...

Sukacita dimaklumkan bahawa Annual General Meeting (AGM) Persatuan Alumni Asrama FELDA Malaysia (AAFM) bakal berlangsung pada hari Sabtu, 20hb Mac 2010 di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur. Segala keterangan lanjut dan dokumen berkaitan AGM akan dihantar kepada semua kemudian hari sebelum AGM berlangsung.

AGM kali ini akan turut melibatkan pemilihan AJK AAFM yang baru.

Bagi melayakkan saudara/i mengundi AJK pilihan saudara/i, saudara/i perlu terlebih dahulu mendaftar sebagai ahli AAFM yang sah bagi tahun 2010 pada bila-bila masa sebelum AGM berlangsung.

Bagi saudara/i yang ingin bertanding sebagai AJK, saudara/i perlu mendaftar sebagai ahli AAFM bagi tahun 2010 sebelum 31 Jan 2010.

Yuran pendaftaran keahlian adalah RM15.00 dan Yuran Tahunan Keahlian adalah RM50.00.
Bagi yang belum mendaftar sebagai ahli, saudara/i perlu membayar RM65.00 bagi membolehkan saudara/i mengundi bakal AJK atau bertanding sebagai AJK.
Sila isi borang Keahlian AAFM yang dilampirkan bersama email ini.
Bagi yang sudah mendaftar sebagai Ahli AAFM, untuk pembaharuan Keahlian, bayaran sebanyak RM50.00 perlu dibuat.

Bagi yang tidak mahu mengundi dan bertanding, kami tetap menjemput saudara/i hadir bagi memeriahkan AGM dan bertemu kawan2 bekas pelajar Asrama Semai Bakti.
Sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran dan pembayaran sila berhubung dengan
1. Sdr Kamal Arifin Mat Yasin (SU AAFM) di 0129879015 atau email @ kay_doc83@yahoo.com
2. Pn Suryani Mohd Nor (Pen SU) 0173939285 atau email @ suryani2712@yahoo.com.my
Kami berharap agar saudara/i akan mendaftar sebagai ahli AAFM dan datang ke AGM untuk memantapkan lagi Persatuan AAFM kita.
Regards,
Kamal Arifin (KAY)
Tel: +6 012 987 9015

Tuesday, January 5, 2010

Amanat Tahun Baru 2010 Presiden AAFM

Assalamualaikum,
Pertamanya marilah kita mengucapkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana masih diberi beri peluang untuk bertemu dengan tahun baru. Di sini saya mewakili warga kerja AAFM mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 1431H juga tahun Masihi 2010. Doa kami semoga ketibaan tahun baru hijrah ini akan menjadikan diri kita lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Marilah kita mendoakan yang terbaik untuk semua dan juga untuk AAFM kita ini.
Membuka tirai 2010 ini, ada beberapa perkara yang insyaAllah telah diusahakan oleh warga kerja AAFM untuk dilaksanakan bersama-sama dengan Felda dan Yayasan Felda. Untuk pengetahuan bersama, Felda akan melancarkan satu program pelajar Harapan Felda, dimana AAFM telah mendapat kepercayaan Tan Sri Pengerusi Felda untuk melakarkan kertas kerja terbabit, dan juga membantu Felda didalam perlaksanaan dan pemantauannya. Untuk tujuan pemantauan, Unit Pemantauan AAFM akan diketuai oleh En Kamal Mansor dan bagi tujuan ini, dana akan diberikan oleh Yayasan bagi kegunaan ahli-ahli yang sukarela membantu dan melibatkan diri di dalam pemantauan pelajar-pelajar mengikut wilayah masing-masing. Peringkat pemilihan pelajar akan dilaksanakan di dalam bulan Jan dan Feb 2010 ini, dan ahli-ahli akan diberitahu perkembangan selanjutnya. Untuk tujuan ini, saya dan seluruh warga kerja AAFM amat mengharapkan kesediaan sesiapa juga ahli atau bekas pelajar ASB sekiranya berada di wilayah dimana para pelajar itu berada atau wilayah berhampiran, untuk membantu pemantauan sepanjang program berlangsung secara berkala. Yayasan Felda, melalui AAFM ada menyediakan alaun untuk diberikan kepada sesiapa yang melibatkan diri.
Bagi kesinambungan program khidmat masyarakat pula, AAFM akan menganjurkan Khidmat Masyarakat seterusnya seperti dicadangkan di Kerteh, Terengganu pada bulan Mac 2010. Tarikh sebenar akan diumumkan kemudian, dan kami mengharapkan semua ahli atau bekas pelajar dapat sama-sama membantu.
AGM pula akan diadakan juga di bulan Mac 2010, tarikh cadangan ialah pada 20 mac 2010, dan perlu diingat pada tahun ini pemilihan AJK akan diadakan. Jadi saya mengharapkan ramai ahli akan turun untuk memilih peneraju AAFM bagi 2 tahun seterusnya.
Sukacita saya juga maklumkan bahawa AAFM sedang mengusahakan agar anak-anak ahli AAFM yang memenuhi syarat-syarat tertentu dapat diberikan tempat di MRSM Felda di Trolak, yang kini lebih dikenali sebagai Kolej Tun Abdul Razak. Begitu juga dengan Asrama Semai Bakti yang kita sayangi itu. Insya'Allah saya akan ke Felda HQ pada pertengahan Jan ini untuk meneruskan perbincangan dengan pengurusan tertinggi Felda. Sama-samalah kita berdoa semoga usaha ini berjaya untuk kebaikan anak-anak kita semua.
Harapan saya, agar kita semua dapat bersatu demi mendapatkan apa yang boleh dan mempertahankan apa yang "hak" untuk Agama, Bangsa dan Negara. Kebelakangan ini terlalu banyak perkara yang dipersoalkan tentang "kepunyaan kita". Apa yang lebih menyedihkan apabila kita Umat Islam diberikan dengan tamparan hebat dengan "halalnya perkataan Allah dalam bible" oleh mahkamah tinggi. Itulah yang sentiasa akan menghantui kita kerana kita tidak cukup kuat untuk menentang.. kerana kita tidak betul-betul bersatu... Mungkin kita tidak begitu merasainya sekarang, tetapi akan menjadi cabaran yang amat hebat untuk anak-cucu kita nanti... sekiranya ini benar-benar berlaku.
Maka mulai tahun 1431H dan 2010M ini, sekali lagi saya menyeru agar kita sebagai bekas pelajar ASB yang hampir 100% adalah beragama Islam untuk bersatu, supaya kita dapat menyuarakan pandangan, permintaan serta bantahan dengan lebih jitu dan bermakna. Ingatlah bahawa setiap orang dari kita mempunyai tanggung-jawab dan kita akan dipersoalkan nanti kerana kealpaan apatah lagi atas rasa tidak peduli.
Bersatulah demi kebaikan Agama dan Bangsa.. jangan jadikan perkara remeh sebagai alasan untuk bersengketa dan memecah-belahkan sesama kita.
Sekian, sekali lagi salam hormat dari saya dan seluruh warga kerja AAFM, dan semoga semua kita akan dapat dan terus memperbaiki kelemahan dan membina kejayaan bersama.
Wassalam.
AMJ
Presiden AAFM