Lokasi: UUM City Campus
Masa : 9pm Tarikh : 24 Mei 2007
Turut Hadir : Abang Malek, Dr. Hishamuddin Salam dan Zakaria Don Junaidy Ghazali,Hasan Bachok, Anuar Mohamed,Norainy Ahmad Zathu, Termidi Ali, Azidy Daud, Norbaini Megat Dewa, Salmee Ahmad Zathu dan Khairul Anuar Daniel
- 1. Abang Faiz mulakan perbincangan informal” Brainstorming” dengan bertanyakan status pendaftaran Alumni Asrama Felda melalui R.O.S
- 2. Saudara Presiden memaklumkan bahawa semua borang dan dokumen berkaitan dengan pendaftaran AAF melalui R.O.S telah lengkap dan akan didaftarkan mengiku keperluan R.O.S selewat-lewatnya pada Jumaat 25 Mei 2007. Tempoh kelulusan adalah 4 bulan tertakluk kepada persidangan R.O.S .
- 3. Beliau menambah aktivi persatuan boleh dilaksanakan dengan kelulusan bertulis daripada R.O.S. Program bersama dengan Asrama Semai Bakti Kuala Lumpur yang telah disusun oleh pihak pengurusan Asrama juga turut megundang penglibatan AAF seperti Tahlil, Mentor-Mentee, Perkelahan di Ulu Yam dan sebagainya.
- 4. Abang Faiz akan membantu sekiranya ada sebarang masalah berkaitan dengan pendaftaran.
2. WEBSITE DAN BLOGSPOT.
- Kewujudan Website AAF tegas Abang Faiz akan membantu mengeratkan networking dan jalur komunikasi serta silaturahim antara ahli disamping menyebarkan aktiviti yang bakal dibuat oleh persatuan. Akttiviti adalah teras kepada persatuan. Kekalnya persatuaan adalah melalui aktiviti yang dibuat secara konsisten. Beliau turut gembira dengan adanya alumniasramafelda.blogspot.com hasil usaha saudara Azizi Abu Bakar.
Perbincangan kemudian dibuka kepada semua untuk menyumbang buah fikiran dan Abang Faiz menjuruskan skop perbincangan kepada aktiviti intelektual diperingkat nasional atau alumni anjuran AAF dalam masa 3 bulan akan datang. Pendidikan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial generasi Felda adalah isu terdekat yang patut dibincangkan secara menyeluruh agar satu memorandum dalam dibentuk dan diketengahkan. Dengan ini secara tak langsung AAF meraih pengiktirafan terutama sekali dimata FELDA.
- 1. Satu cadangan Penganjuran Konvensyen yang memberi tumpuan kepada pembangunan pendidikan anak-anak Felda generasi kedua dan genarasi ketiga. Anjuran konvensyen boleh dibuat bersama FELDA dimana wakil peserta setiap wilayah turut dapat menghadiri konvensyen tersebut. Peneraju utama adalah Alumni Asrama Felda yang membariskan speakers dikalangan bekas pelajar Asrama Felda.
- Tempat : Dewan Perdana Felda
- Tarikh : Akhir Bulan July atau awal Ogos
- Cadangan Pembukaan dan Perasmian oleh Tan Sri Yusof Noor
- Cadangan Penutup oleh Ketua Pengarah Felda Datuk Tarmizi
- Tindakan: Satu komiti akan di bentuk
- 2. Saudara Azidy Daud mencadangkan bentuk kegiatan yang akan dibuat patut melibatkan peneroka Felda juga .
- 3. Saudara Hishamudin membawa majlis untuk merumuskan konvensyen yang akan dibuat mestilah “manageable” dimana ianya harus focus menepati budget serta tajuk atau tema yang dibentangkan harus punya kredibiliti dan “depth” . Kerisauan beliau adalah untuk memdapatkan sumber fakta serta data memandangkan ini adalah konvensyen pertama AAF.
- 4. Abang Faiz membayangkan konvensyen ini boleh dibuat bersama FELDA melalui bantuan En. Yahya Lim bagi mendapatkan sumber data yang diperlukan umpamanya mengenai Pendidikan. Yang perlu ada oleh AAF adalah
- a. Organised Body
- b. Tempoh Masa
- c. Human Factor
- d. Effort( Kesungguhan)
- e. Latest Research
- 5. Presenter kepada pembentangan boleh dipilih dikalangan ahli AAF yang punya kaliber dan kredential seperti PHD holder. AAF mempunyai beberapa orang calon yang boleh dicadangkan sebagai salah seorang daripada 3 Speakers:
- a. Rasidah Alias Bahagian Latihan Guru
- b. Abang Shuhaimi Mukminin – KUIHTTO
- c. Dr. Jamilah Bidin – UUM
- d. Dr. Ghazali Nawawi –UTM
- e. Dr. Norsiah –UKM
- f. Abang Long Kechik – TNB
- g. Abang Zulkifli Hamid -UTM
- 6. Abang Faiz amat positif tentang perolehan data yang dibincangkan. Beliau membawa majlis kepada apakah bentuk data yang diprlukan untuk konvensyen tersebut. Sebagai contoh skop untuk peroleh data bagi pendidikan boleh dilihat melaui perspektif statistik kecemerlangan anak-anak felda :
- a. Oversea
- b. Local :
- IPTA
- IPTS – LIMKOKWING
- c. STPM
- d. Matrikulasi
- e. SPM
- f. PMR
- g. UPSR
- 7. Antara penyumbang data dari luar yang mungkin bol;eh diusahakan:
- a. Universiti yang menjalankan kajian mengenai FELDA
- b. Majlis Gabungan Belia Felda
- Tindakan: Koordinator Data: Anuar Mohamed/Yahya Lim
- Antara cadangan tema yang dibincangkan adalah seperti berikut:
- 4.1 Pembangunan Pendidikan Felda
- 4.2 Pencapaian & Halatuju anak-anak Felda
- 4.3 Pembangunan Sosial
- 4.4 TEMA Konvensyen yang dipersetujui bersama adalah:
PENDIDIKAN ANAK-ANAK FELDA – CABARAN & PROSPEK
- a. Opening
- b. Ucaptama – Ketua Pengarah FELDA
- c. Speaker 1- Abang Faiz
- d. Speaker 2- Wakil AAF
- e. Lunch
- f. Plan Tindakan
- g. Rumusan
- h. Closing.
- 4.5 Tarikh Konvensyen yang telah dipersetujui bersama sempena menyambut 50 tahun merdeka adalah :
- 4.5.1 Tarikh Pertama : 18hb Ogos 2007
- 4.5.2 Tarikh Kedua : 25hb Ogos 2007
- 4.6 Tempat Konvensyen yang telah dipersetujui bersama adalah:
- Dewan Perdana FELDA
Tindakan: Presiden- Tempahan Dewan untuk Konvensyen
- 4.7 Sasaran Peserta yang dicadangkan dan dipersetujui adalah:
- 4.7.1 Biro Pendidikan Wilayah
- 4.7.2 Alumni Asrama Felda
- 4.7.3 Majlis Gabungan Blia Felda
- 4.7.4 Ketua Peneroka
- Working Paper mengenai konvensyen diatas akan dibentangkan pada perbincangan akan datang (2 june 2007; UUM City Campus) bagi meniti perancangan perjalanan konvensyen secara teperinci dan memastikan penglibatan semua dimana satu komiti khas akan dibentuk demi kejayan konvenyen tersebut.
- Tindakan: Abang Faiz & Zakaria Don
No comments :
Post a Comment