Friday, May 11, 2007

Perhimpunan 13 Mei - Tangguh - Email from Saudara Anuar Mohamed

Adik Apeng.Waalaikum salam.
Terima kasih kerana menghantarkan email. Abang tak kenal adik ni sebab pakai nama samaran.kalau boleh lepas ni perkenal diri.lain kali senang sikit kita chat. Lupa lak nak tanya. 5 Mei tu adik datang tak.kalau datang abang ucap terima kasih atas sokongan.kalau tak datang..lain kali abang harap adik datang.
Ok.Perjumpaan di PICC pada 13 Mei telah ditangguhkan pada satu tarikh yang bakal dimaklumkan kemudian. Kakak Noraini akan maklumkan pada semua mengenai penangguhan ini mungkin pada petang ini. Walau bagaimanapun biar abang terangkan mengapa kita perlu hadir ke perjumpaan itu kerana bila diadakan semula nanti kita akan menghantar wakil.
Perjumpaan ini dikelolakan oleh yayasan dimana Abang Faiz adalah pengelolanya. Salah satu objektif mengapa kita hadir adalah untuk memberi sokongan kpd Abang Faiz. Kedua adalah networking.Kita perlukan networking dengan orang luar dalam banyak hal bagi menghidupkan AAF.misalnya kewangan,nasihat dan berbagai bantuan lain. Ke 3 kita nak AAF ini dikenali dan diiktiraf oleh kerajaan atau sekurang-kurangnya Felda. Jadi kita kena menghadiri aktiviti yang membawa agenda nasional atau agenda lain yg besar di mata kerajaan. Maknanya kita kena keluar dan bertemu dengan persatuan persatuan lain.
Dulu ada sebahagian dari kita telah berusaha mengadakan persatuan bekas pelajar tetapi tidak berjaya mengekalkannya. Sebabnya ialah tiada kekuatan kewangan dan kekuatan aktiviti. Dahulu aktiviti hanya melibatkan berhimpunan sosial di kalangan bekas pelajar sahaja. Bukan bermakna perhimpunan sosial itu tak penting..ia sememangnya penting dan kita akan meneruskannya. .tetapi ia perlu disertai dengan aktiviti lain yang mendapat sokongan bukan sahaja dari kalangan kita tetapi dari kalangan orang luar.
Itu sebabnya kita kena keluar ke padang dan menanam benih..baru akan tumbuh pokok dan insyaAllah kita akan dapat berlindung dari panas dan makan buahnya sekali. Lebih ramai yg menanam benih lebih banyak pokok tumbuh dan lebih ramai lagi yang merasa makan buahnya..masalah kita kaum melayu..kebanyakann ya tak mahu menanam tetapi nak merasa buahnya saja..lebih kurang tupai la tu (maaf berseloroh je).
Abang faham soalan adik itu. Adakah mereka tahu kewujudan kita? Kalau tidak diberitahu bagaimana mereka akan tahu?Siapakah yang sepatutnya memberitahu mereka kalau bukan kita? Bagaimana nak memberitahu mereka kalau kita duduk di rumah dan tidak memberitahu mereka? Abang rasa adik sendiri tahu jawapannya. Masalah kita, kitalah yg perlu selesaikan.
AAF akan didaftarkan dengan rasmi, insyaAllah dalam masa terdekat ini. Abang akan bertemu dengan En Yahya Lim (Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat Felda) pada 16 Mei ini untuk memberitahu beliau mengenai persatuan AAF dan agenda kita. InsyaAllah beliau akan memberi sokongan dan bantuan kepada kita. Selepas itu melalui Abang Faiz kita akan minta bantuan untuk menguruskan pertemuan dengan orang2 penting lain yg dapat membantu kita.
Panjang lagi perkara yang ingin abang sampaikan pada adik tetapi susah sikit dalam keadaan begini melainkan kalau berbual secara berdepan. Apapun abang memerlukan sokongan, bantuan dan penyertaan dari semua bekas pelajar AF tak kira KL, Kuantan atau Johor untuk menghidupkan persatuan ini. Adik boleh membantu dengan memberitahu rakan2 untuk menyertai AAF.
Memang di awal penubuhan ini keadaan nampak tidak sempurna. Tengok Genting Highland.Dulu siapa terfikir gunung berbukit itu boleh jadi resort. Kecuali seorang cina yang buta huruf,mempunyai visi dan berjiwa besar. Dan dia juga memerlukan sokongan dan dia mendapat sokongan Tunku AR. Jadi adalah Genting yg dari laluan gajah menjadi laluan BMW dan kereta mewah lain..dan kita bawa keluarga bersantai dan berehat di sana.
Yang kita nak tubuhkan ni AAF, adalah satu benda kecil kalau dibandingkan dengan Genting..kita tak buta huruf macam Lim Goh Tong..kita ada ramai ahli yg dah ada phd..apa masalah kita? mungkin masalahnya kita org melayu dan bukan Cina macam Lim..Orang kita jiwa kecil..kita memandang kepada masalah mikro..awal- awal lagi kita nak semua macam profesional. .profesional itu dan ini..profesional itu adalah hasil dari latihan dan pengalaman.. dan ia mengambil masa yg lama..AAF belumpun ditubuh lagi..bagaimana kita nak itu dan ini?
Jadi adik, marilah bersama-sama abang menjayakan AAF dalam apa juga sokongan dan bantuan yg kita mampu.Setidak- tidaknya sokongan moral.
Jumpa lagi dik.Terima kasih.

Anuar Mohamed


No comments :

Post a Comment