Thursday, May 3, 2007

Perjumpaan Alumni Asrama Felda - 5 May 2005


Asrama-asrama Semai Bakti FELDA


Asrama Semai Bakti FELDA yang pertama telah ditubuhkan pada tahun 1975 iaitu Asrama Semai Bakti Kuala Lumpur (menyewa bangunan di Jalan Kuching kemudian di Taman Keramat sehingga asrama sebenar siap pada tahun 1983 di Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur). Asrama Semai Bakti FELDA Kuantan (Asrama Semai Bakti Tun Abdul Razak ) merupakan Asrama kedua yang telah ditubuhkan pada tahun 1978 dan kemudiannya telah ditutup pada tahun 1998.

Asrama Semai Bakti FELDA yang ketiga ialah Asrama Semai Bakti Johor Bahru yang ditubuhkan pada tahun 1983 dengan menyewa bangunan sehingga asrama sebenar siap pada tahun 1985 di Jalan Tasik Utara, Johor Bahru.

Asrama Semai Bakti Kelana Jaya merupakan Asrama Semai Bakti FELDA yang keempat yang telah ditubuhkan pada tahun 1998 bertempat di Kelana Jaya, Selangor.

Asrama Semai Bakti FELDA yang kelima ialah Asrama Semai Bakti Trolak di Perak. Asrama ini dibuka pada tahun 1999 menggantikan Asrama Semai Bakti Kuantan yang telah ditutup pada tahun 1998. Asrama Semai Bakti Trolak telah ditutup dan berhenti beroperasi pada tahun 2005.

Kini Asrama Semai Bakti FELDA Kuantan akan beroperasi semula dan sedang dalam pembinaan di tapak lama di Jalan Haji Abu Bakar, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Asrama-asrama Semai Bakti FELDA kini adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pembangunan Masyarakat, Ibu Pejabat FELDA, Jalan Perumahan Gurney, Kuala Lumpur. Terdapat 3 buah asrama yang sedang beroperasi iaitu Asrama Semai Bakti Kuala Lumpur, Asrama Semai Bakti Kelana Jaya dan Asrama Semai Bakti Johor Bahru. Manakala Asrama Semai Bakti Kuantan sedang di dalam pembinaan.

No comments :

Post a Comment