Tuesday, May 29, 2007

UCAPAN TPM on FELDA

Oleh / By :DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABD RAZAK
Tempat / Venue :DEWAN PERDANA FELDA, KUALA LUMPUR
Tarikh / Date. :24-04-2006
Tajuk / Title :PROGRAM BERSAMA PEMIMPIN, AHLI PARLIMEN
DAN ADUN YANG ADA RANCANGAN FELDA


Bismillahirrahmanirrahim

Ass
alamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera

YAB. Menteri Besar Pahang, Negeri Sembilan dan Ketua Menteri Melaka,

YB. Menteri-Menteri, Timbalan–timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen,

YB. Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,

Yang Berhormat Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN,

Tan Sri Dr. Yusuf B. Hj. Mohd. Noor,
Pengerusi Felda

Datuk Hj. Khamis B. Md. Som,
Pengarah Besar Felda

Dato’ Bakke Salleh,
Pengarah Urusan Felda Holdings

Hj. Ahmad B. Hj. Maslan,
Pengarah Seranta (Felda), JPM

Pegawai-Pegawai Felda dan Seranta,

Dif-dif Jemputan, Pelajar & Keluarga yang diraikan,

Tuan-Puan yang dihormati sekalian,

A. Tujuan Program

Program anjuran Seranta dan Felda ini bertujuan untuk:

1. Merapatkan hubungan antara pemimpin, Ahli Parlimen & ADUN dengan pengurusan Felda & Seranta.

2. Mendapatkan maklumat terkini tentang perkembangan Felda menjelang usia 50 tahun pada bulan Julai ini.

3. Menerima maklumbalas dan cadangan daripada ahli-ahli Yang Berhormat samada bertulis, berdialog atau pertemuan lain selepas program ini.

Terdapat 278 kawasan rancangan berpeneroka di 55 Parlimen dan 93 DUN di 12 negeri kecuali Wilayah dan Pulau Pinang yang mempunyai Rancangan Felda. Oleh itu, adalah penting para pemimpin politik, pengurusan Felda, pegawai Seranta dan ahli-ahli yang Berhormat sentiasa faham memahami hasrat kita bersama untuk memajukan lagi Felda dan warganya. Visi dan misi kita wajar dijadikan perjuangan bersama.

B. Halatuju Felda

Halatuju Felda untuk 50 tahun akan datang antara lain ialah:

1. Menjadikan warga peneroka sebagai masyarakat contoh di luar bandar dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kemahiran, kerjaya, kurang masalah sosial, keharmonian dan keceriaan. Oleh kerana pelbagai kemudahan kita telah berikan, warga Felda wajar menjadi masyarakat terbaik, menjadi teladan dan sebutan contoh di luar rancangan.

2. Menambah pendapatan warga peneroka hingga menjadi golongan menengah sebagai usahawan dalam penternakan, kraftangan, herba, makanan, pertanian dan perusahaan kecil dan sederhana. Setakat ini 33% atau 34 ribu peneroka telah menjadi usahawan. Felda akan menjadi agensi utama untuk pengeluaran kraf, penternakan lembu, produk herba dan bidang lain yang didapati sesuai.

3. Menjadikan Felda sebagai pelaku global yang berjaya di persada antarabangsa. Felda Holdings mempunyai 49 anak syarikat. Akan membuka ladang sawit di luar negara yang sesuai seperti di Indonesia. Pelbagai usahasama telah pun dimulakan di Pakistan, Hong Kong, China, Afrika Selatan dan Thailand. Di Kuantan misalnya terdapat kilang besar hiliran sawit usahasama dengan Procter & Gamble, sebuah multinasional dari USA. Biodiesel dan biomass telah pun dimula dan akan ditingkatkan.

C. RMK 9 untuk Felda

Dalam Rancangan Malaysia ke 9, (2006-2010) peruntukan infrastruktur untuk jalan kampung, bekalan air, elektrik, dan pembersihan sungai, jumlah yang disediakan oleh Felda ialah hampir RM182 juta. Ini adalah bagi menambah sejumlah RM138 juta yang diperuntukan oleh kerajaan. Ianya tidak termasuk RM150 juta yang diluluskan oleh Felda sebelum ini untuk projek khas bekalan air di Pahang.

Terdapat banyak projek baru yang telah diperuntukan kewangan oleh Felda untuk tahun 2006-2010 yang melibatkan RM161 juta. Ianya ialah seperti pembangunan pusat sukan, dewan serbaguna, Taman IKS, Pusat Pembungkusan Makanan, Taman Integrasi Pertanian, projek pembiakan lembu dan kambing, kilang pelepah / tandan sawit, pusat tuisyen, homestay dan kajian produk kraf dan makanan.

Adalah diumumkan, sejumlah besar peruntukan akan diluluskan oleh Felda untuk membina tiga lagi pusat pertumbuhan di Feldajaya Chini (RM80 juta), Feldajaya Selatan Raja Alias Fasa 2 (RM52 juta), Feldajaya Timur Mempaga Fasa 2 (RM56 juta). 3 Feldajaya sebelum ini telah hampir siap iaitu di Trolak, Mempaga Fasa 1 dan Raja Alias Fasa 1. Taman Teknologi Herba di Lanchang (RM50 juta) akan dibangunkan dan sebuah MRSM Felda di Trolak juga akan dibina. MRSM ini ialah untuk faedah 700 pelajar setiap tahun yang 80% adalah anak peneroka dengan anggaran kos pembinaan RM50 juta.

Perumahan generasi baru Felda telah di bina di 4 tempat iaitu di Bukit Goh, Lepar Hilir, Mempaga dan Keratong 3. Semuanya telah hampir siap : Sukacita diumumkan sebanyak 3 lagi kawasan perumahan generasi baru akan dibina iaitu di Pasak, Kota Tinggi (RM48 juta), Jengka 19, di Kuala Krau (RM50 juta) dan Laka Selatan, di Kubang Pasu (RM32 juta).

Projek yang disebutkan itu adalah dalam tempoh tertentu dan yang berbentuk pembangunan akan mendapat pulangan balik dengan pelbagai cara. Projek perumahan misalnya adalah dijual kepada generasi baru Felda tetapi dengan subsidi sekitar RM5-RM6 ribu seunit bagi membantu mereka.

Jumlah keseluruhan peruntukan Felda untuk projek infrastruktur ( RM 182 juta ), projek baru (RM 161 juta), 3 Feldajaya (RM 188 juta), Taman Herba (RM 50 juta), MRSM Felda (RM 50 juta) dan 3 perumahan generasi baru (RM 130 juta) ialah RM 761 juta. Ditambah peruntukan kerajaan RM 138 juta jumlahnya ialah RM 900 juta untuk RMK 9.

D. Peruntukan Geran 2006

Sebanyak RM232 juta peruntukan dalam bentuk geran akan dikeluarkan oleh Felda dalam tahun 2006 ini sahaja. Ianya melibatkan Skim Tuisyen (RM20 juta), insentif pelajar ke IPTA /IPTS (RM3 juta), Program Pelajar Cemerlang (RM2 juta), membaiki rumah peneroka (RM5 juta), keceriaan kampung (RM2.5 juta), infrastruktur (RM15 juta), latihan kemahiran anak peneroka (RM50 juta), dan kemungkinan pembayaran wang ehsan raya / tahun baru (RM35 juta) dan insentif produktiviti bonus kepada peneroka (RM100 juta). RM 232 juta ini hanya geran setahun dan bukan untuk rancangan 5 tahun yang jumlahnya belum dapat dipastikan.

Mengenai latihan kemahiran kepada anak peneroka Felda; mereka hanya mempunyai 2 pilihan iaitu samada memasuki IPTA / IPTS atau diberikan latihan kemahiran. Pada tahun lepas sebanyak RM25 juta diperuntukan untuk melatih 5295 anak peneroka di 38 buah institusi. Kesan latihan ini adalah positif, serampang banyak mata seperti dapat mengurangkan masalah sosial, memberi peluang pekerjaan dan melatih mereka menjadi usahawan. Pada tahun ini seramai 7000 orang lagi akan dilatih dengan peruntukan geran ditambah 2 kali ganda kepada RM50 juta.

Telah 2 tahun berturut-turut untuk kali pertama dalam sejarah Felda, peneroka diberi insentif produktiviti ataupun bonus. Pada tahun lepas sebanyak RM97.1 juta diagihkan dan tahun ini RM100 juta telah disediakan. Ianya adalah untuk memastikan hasil peneroka dijual di kilang Felda dan peneroka menjadi lebih produktif. Kita juga telah meningkatkan wang sara hidup sewaktu tanam semula pada tahun lepas daripada RM500 sebulan kepada RM750 sebulan bagi membantu pendapatan sewaktu kebun belum mengeluarkan hasil.

E. Sumber kewangan Felda

Sumber kewangan Felda adalah teguh malahan lebih baik daripada beberapa kerajaan negeri. Namun, sumber itu daripada ladang milik Felda dan perniagaan lain adalah bergantung kepada turun naik harga sawit di pasaran dunia. Kita akan menguruskan sumber dengan professional dan amanah. Kekayaan baru wajar dicari dalam dan luar negara bagi menambah dana yang ada.

Pada prinsipnya, kewangan Felda akan diagihkan untuk 3 faedah berikut:

1. Diberi balik kepada peneroka dan generasi baru Felda seperti melalui pemberian insentif produktiviti, wang ehsan raya, latihan kemahiran, pendidikan, latihan usahawan dan lain-lain.

2. Diberi balik untuk membantu program kerajaan seperti peruntukan tuisyen, infrastruktur, jalan, elektrik, paip air yang sepatutnya adalah tanggungjawab kerajaan pusat atau negeri.

3. Pelaburan dalam sektor strategik dan menguntungkan dalam dan luar negara. Ianya akan dibuat dengan berhati-hati, professional dan menguntungkan. Faedah yang diperolehi akan diagih semula berbentuk dividen kepada peneroka Felda melalui pelaburan mereka di Koperasi Permodalan Felda (KPF).

F. Generasi Baru / Belia Felda

Hampir separuh peneroka berusia antara 50-60 tahun. Oleh itu, selain meneruskan pelbagai program kepada mereka, tumpuan Felda sewajarnya ialah untuk membangun generasi baru. Warga Felda hampir berjumlah 750 ribu- 1 juta orang. Terdapat hampir 500 ribu orang atau separuh adalah generasi ke dua / generasi baru Felda dan mereka mempunyai perkembangan tahap pendidikan yang baik. Sukacita dimaklumkan bahawa , data terkini mendapati anak peneroka seramai 161 orang mempunyai Phd, 1257 sarjana, 21,901 sarjana muda ; 42,513 sijil dan diploma. Namun 246,456 orang hanya setakat SPM yang perlu diberikan pelbagai kemahiran kepada mereka terutama kepada yang masih belum mempunyai pekerjaan yang memuaskan.

Anak peneroka yang berjaya dalam bidang profesional pula contohnya 322 orang sebagai peguam, 740 doktor, jurutera 3272, arkitek 985 dan akauntan 1369 orang. Ini adalah pencapaian yang agak memuaskan dan akan terus ditambah bilangannya.

Sukacita dalam majlis ini diumumkan persetujuan secara dasar bahawa Seranta (Felda) JPM, dengan kerjasama Felda dan Majlis Belia Felda akan mengadakan anugerah-anugerah tahunan peringkat kebangsaan seperti berikut:

1. Tokoh Belia Felda peringkat kebangsaan
2. Tokoh Beliawanis Felda peringkat kebangsaan
3. Persatuan belia terbaik keseluruhan
4. Persatuan belia terbaik kemahiran dan pendidikan
5. Persatuan belia terbaik sukan dan kebudayaan
6. Persatuan belia terbaik perniagaan dan keusahawanan
7. Persatuan belia terbaik khidmat masyarakat
8. Persatuan belia terbaik membanteras gejala sosial

Hadiah-hadiah setaraf dan perincian anugerah boleh dibincangkan kemudian. Ianya boleh disampaikan pada hujung tahun ini dalam satu program Seminar Kebangsaan Belia Felda misalnya. Semoga anugerah seumpama ini dapat mencapai pelbagai objektif pembasmian gejala sosial, melatih semangat kepimpinan, keusahawanan serta menekankan pentingnya ilmu, kemahiran dan pendidikan dikalangan generasi baru dan Belia Felda.

G. Penerokaan era baru: Perubahan Minda

Kita perlu membuka minda masyarakat peneroka ke dunia luar, samada ke luar kawasan rancangan mereka iaitu ke kampong tradisi atau pekan atau bandar. Bukan bermakna sekarang tiada percampuran, tetapi tiada usaha yang agak terancang. Kebaikan keluar daripada kepompong ini ialah:

1. Supaya wujud minda / mentaliti terbuka melihat segala bantuan yang diberi kepada mereka dan menimbulkan rasa syukur dan terima kasih dibanding saudara mara, orang lain yang tidak mempunyai tanah dan kurang kemudahan.

2. Menjadi penyampai tentang kejayaan Felda kepada orang lain dan mereka wajar berkongsi latihan, pengalaman, kemudahan dengan masyarakat luar agar sedikit sebanyak limpahan rahmat di Felda boleh dirasai oleh orang lain juga.

Antara contoh penerokaan era baru ini ialah :

1. Membuat lawatan secara terancang ke Kuala Lumpur dan Putrajaya, ke kampung tradisional yang berjaya, ke IPTA/ IPTS, ke kilang PKS Bumiputera dan lain-lain.

2. Membuat kerjasama perniagaan dengan pengusaha luar kawasan rancangan agar wujud jaringan pemasaran yang lebih luas.

3. Memasuki bidang yang bukan tradisi getah dan kelapa sawit termasuk penternakan, kraftangan, herba, makanan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Bidang lain seperti bioteknologi, biodiesel, biomass, ICT dan yang mempunyai potensi berkembang wajar dikaji dan diusahakan jika sesuai dan menguntungkan.

4. Berkahwin (kepada yang belum) dengan bukan anak peneroka. Perkahwinan campur seumpama ini dapat mengembangkan warga peneroka kepada kehidupan lain di luar kepompong serta dapat menyebarkan rahmat Felda kepada masyarakat bukan peneroka.

Keluar dari kepompong, berfikir di luar kotak ( think out of the box ) dan keluar daripada kejumudan dan kebiasaan adalah penerokaan era baru yang wajar difahami oleh pemimpin, pegawai dan warga peneroka. Jika kita ingin berjaya dalam era globalisasi, kita mesti sanggup berubah dan berani menghadapi dunia tanpa sempadan dalam abad ke 21 yang serba canggih dan moden ini.

Rumusan

Felda akan terus kita gemilangkan. Kerjasama 4 kumpulan; warga peneroka, pengurusan Felda, agensi berkaitan Felda dan para pemimpin yang ada hubungan, amatlah penting. Segala perancangan hanya akan berjaya jika semua pihak berganding bahu, bersama berjuang dengan matlamat iaitu membina warga Felda yang terbaik dan menjadi contoh untuk masyarakat luar bandar. Penerokaan era baru adalah perubahan minda kea rah 50 tahun kedua yang lebih gemilang.


KOMEN: Minta dipercepatkan penubuhan MRSM Felda........




SUIF - Bantuan Kewangan Untuk Rakan di Kampung

Askm...

Skim Insentif Usahawan FELDA (known as SIUF).
Semua warga felda ada hak untuk memohon dengan syarat dan terma seperti berikut;

1) peneroka masih tinggal didalam felda dan mengikuti syarat2 felda dalam pengurusan ladang. jika bapa2 kita yang buat kerja2 tanam semula sendiri (tak ikut program felda) maka anak dan kerabatnya tak eligible for this SIUF.

2) Projek SIUF mesti dilakukan didalam rancagan felda cause the main objective of the skim is to create ecomonic activitiy kat kawasan rancangan felda.

3) Limit pinjaman per person is RM25k, but the application can be combined by a number of applicants. Example you need RM250k to start your business, then get 10 people to apply for combined application(i pun pening dgn syarat nie... )

so itu yg i boleh ingat on SUIF but you can contact En. Azlan 019-2435992 - Jabatan Pembangunan Usahawan for detail and borang application.

Best wishes and gud luck ;)

Contibuted By Nazeri Naim

Monday, May 28, 2007

AAF 1ST BRAINSTORMING SESSION : MAY 24,2007


Lokasi: UUM City Campus
Masa : 9pm Tarikh : 24 Mei 2007
Turut Hadir : Abang Malek, Dr. Hishamuddin Salam dan Zakaria Don Junaidy Ghazali,Hasan Bachok, Anuar Mohamed,Norainy Ahmad Zathu, Termidi Ali, Azidy Daud, Norbaini Megat Dewa, Salmee Ahmad Zathu dan Khairul Anuar Daniel

1. PENDAFTARAN AAF
  • 1. Abang Faiz mulakan perbincangan informal” Brainstorming” dengan bertanyakan status pendaftaran Alumni Asrama Felda melalui R.O.S
  • 2. Saudara Presiden memaklumkan bahawa semua borang dan dokumen berkaitan dengan pendaftaran AAF melalui R.O.S telah lengkap dan akan didaftarkan mengiku keperluan R.O.S selewat-lewatnya pada Jumaat 25 Mei 2007. Tempoh kelulusan adalah 4 bulan tertakluk kepada persidangan R.O.S .
  • 3. Beliau menambah aktivi persatuan boleh dilaksanakan dengan kelulusan bertulis daripada R.O.S. Program bersama dengan Asrama Semai Bakti Kuala Lumpur yang telah disusun oleh pihak pengurusan Asrama juga turut megundang penglibatan AAF seperti Tahlil, Mentor-Mentee, Perkelahan di Ulu Yam dan sebagainya.
  • 4. Abang Faiz akan membantu sekiranya ada sebarang masalah berkaitan dengan pendaftaran.

2. WEBSITE DAN BLOGSPOT.
  • Kewujudan Website AAF tegas Abang Faiz akan membantu mengeratkan networking dan jalur komunikasi serta silaturahim antara ahli disamping menyebarkan aktiviti yang bakal dibuat oleh persatuan. Akttiviti adalah teras kepada persatuan. Kekalnya persatuaan adalah melalui aktiviti yang dibuat secara konsisten. Beliau turut gembira dengan adanya alumniasramafelda.blogspot.com hasil usaha saudara Azizi Abu Bakar.

Perbincangan kemudian dibuka kepada semua untuk menyumbang buah fikiran dan Abang Faiz menjuruskan skop perbincangan kepada aktiviti intelektual diperingkat nasional atau alumni anjuran AAF dalam masa 3 bulan akan datang. Pendidikan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial generasi Felda adalah isu terdekat yang patut dibincangkan secara menyeluruh agar satu memorandum dalam dibentuk dan diketengahkan. Dengan ini secara tak langsung AAF meraih pengiktirafan terutama sekali dimata FELDA.

3. KONVENSYEN.
  • 1. Satu cadangan Penganjuran Konvensyen yang memberi tumpuan kepada pembangunan pendidikan anak-anak Felda generasi kedua dan genarasi ketiga. Anjuran konvensyen boleh dibuat bersama FELDA dimana wakil peserta setiap wilayah turut dapat menghadiri konvensyen tersebut. Peneraju utama adalah Alumni Asrama Felda yang membariskan speakers dikalangan bekas pelajar Asrama Felda.
  • Tempat : Dewan Perdana Felda
  • Tarikh : Akhir Bulan July atau awal Ogos
  • Cadangan Pembukaan dan Perasmian oleh Tan Sri Yusof Noor
  • Cadangan Penutup oleh Ketua Pengarah Felda Datuk Tarmizi
  • Tindakan: Satu komiti akan di bentuk
  • 2. Saudara Azidy Daud mencadangkan bentuk kegiatan yang akan dibuat patut melibatkan peneroka Felda juga .
  • 3. Saudara Hishamudin membawa majlis untuk merumuskan konvensyen yang akan dibuat mestilah “manageable” dimana ianya harus focus menepati budget serta tajuk atau tema yang dibentangkan harus punya kredibiliti dan “depth” . Kerisauan beliau adalah untuk memdapatkan sumber fakta serta data memandangkan ini adalah konvensyen pertama AAF.
  • 4. Abang Faiz membayangkan konvensyen ini boleh dibuat bersama FELDA melalui bantuan En. Yahya Lim bagi mendapatkan sumber data yang diperlukan umpamanya mengenai Pendidikan. Yang perlu ada oleh AAF adalah

  • a. Organised Body
  • b. Tempoh Masa
  • c. Human Factor
  • d. Effort( Kesungguhan)
  • e. Latest Research

  • 5. Presenter kepada pembentangan boleh dipilih dikalangan ahli AAF yang punya kaliber dan kredential seperti PHD holder. AAF mempunyai beberapa orang calon yang boleh dicadangkan sebagai salah seorang daripada 3 Speakers:
      • a. Rasidah Alias Bahagian Latihan Guru
      • b. Abang Shuhaimi Mukminin – KUIHTTO
      • c. Dr. Jamilah Bidin – UUM
      • d. Dr. Ghazali Nawawi –UTM
      • e. Dr. Norsiah –UKM
      • f. Abang Long Kechik – TNB
      • g. Abang Zulkifli Hamid -UTM
  • 6. Abang Faiz amat positif tentang perolehan data yang dibincangkan. Beliau membawa majlis kepada apakah bentuk data yang diprlukan untuk konvensyen tersebut. Sebagai contoh skop untuk peroleh data bagi pendidikan boleh dilihat melaui perspektif statistik kecemerlangan anak-anak felda :
  • a. Oversea
  • b. Local :
  • IPTA
  • IPTS – LIMKOKWING
  • c. STPM
  • d. Matrikulasi
  • e. SPM
  • f. PMR
  • g. UPSR
Tindakan: Koordinator Data: Hishamudin Salam

  • 7. Antara penyumbang data dari luar yang mungkin bol;eh diusahakan:
    • a. Universiti yang menjalankan kajian mengenai FELDA
    • b. Majlis Gabungan Belia Felda
    • Tindakan: Koordinator Data: Anuar Mohamed/Yahya Lim

4. TEMA KONVENSYEN
  • Antara cadangan tema yang dibincangkan adalah seperti berikut:
    • 4.1 Pembangunan Pendidikan Felda
    • 4.2 Pencapaian & Halatuju anak-anak Felda
    • 4.3 Pembangunan Sosial
    • 4.4 TEMA Konvensyen yang dipersetujui bersama adalah:
PENDIDIKAN ANAK-ANAK FELDA – CABARAN & PROSPEK

Cadangan Perjalanan Aturcara Konvensyen adalah seperti berikut:
  • a. Opening
  • b. Ucaptama – Ketua Pengarah FELDA
  • c. Speaker 1- Abang Faiz
  • d. Speaker 2- Wakil AAF
  • e. Lunch
Bengkel Tindakan: Ketua Bengkel - Azidy Daud
  • f. Plan Tindakan
  • g. Rumusan
  • h. Closing.

  • 4.5 Tarikh Konvensyen yang telah dipersetujui bersama sempena menyambut 50 tahun merdeka adalah :
    • 4.5.1 Tarikh Pertama : 18hb Ogos 2007
    • 4.5.2 Tarikh Kedua : 25hb Ogos 2007

  • 4.6 Tempat Konvensyen yang telah dipersetujui bersama adalah:
  • Dewan Perdana FELDA
Tindakan: Presiden- Tempahan Dewan untuk Konvensyen

  • 4.7 Sasaran Peserta yang dicadangkan dan dipersetujui adalah:
  • 4.7.1 Biro Pendidikan Wilayah
  • 4.7.2 Alumni Asrama Felda
  • 4.7.3 Majlis Gabungan Blia Felda
  • 4.7.4 Ketua Peneroka


5. WORKING PAPER
  • Working Paper mengenai konvensyen diatas akan dibentangkan pada perbincangan akan datang (2 june 2007; UUM City Campus) bagi meniti perancangan perjalanan konvensyen secara teperinci dan memastikan penglibatan semua dimana satu komiti khas akan dibentuk demi kejayan konvenyen tersebut.
    • Tindakan: Abang Faiz & Zakaria Don

Friday, May 18, 2007

AAF Reunion 5 May 2007 - Vol 2

Alumni Asrama Felda - 5th May Event

AAF Reunion Pictures - Sooo Many... Click on Photo above to see more..

Thanks Zakarian Don (a.k.a Pak Ya..) !!

Friday, May 11, 2007

Perhimpunan 13 Mei - Tangguh - Email from Saudara Anuar Mohamed

Adik Apeng.Waalaikum salam.
Terima kasih kerana menghantarkan email. Abang tak kenal adik ni sebab pakai nama samaran.kalau boleh lepas ni perkenal diri.lain kali senang sikit kita chat. Lupa lak nak tanya. 5 Mei tu adik datang tak.kalau datang abang ucap terima kasih atas sokongan.kalau tak datang..lain kali abang harap adik datang.
Ok.Perjumpaan di PICC pada 13 Mei telah ditangguhkan pada satu tarikh yang bakal dimaklumkan kemudian. Kakak Noraini akan maklumkan pada semua mengenai penangguhan ini mungkin pada petang ini. Walau bagaimanapun biar abang terangkan mengapa kita perlu hadir ke perjumpaan itu kerana bila diadakan semula nanti kita akan menghantar wakil.
Perjumpaan ini dikelolakan oleh yayasan dimana Abang Faiz adalah pengelolanya. Salah satu objektif mengapa kita hadir adalah untuk memberi sokongan kpd Abang Faiz. Kedua adalah networking.Kita perlukan networking dengan orang luar dalam banyak hal bagi menghidupkan AAF.misalnya kewangan,nasihat dan berbagai bantuan lain. Ke 3 kita nak AAF ini dikenali dan diiktiraf oleh kerajaan atau sekurang-kurangnya Felda. Jadi kita kena menghadiri aktiviti yang membawa agenda nasional atau agenda lain yg besar di mata kerajaan. Maknanya kita kena keluar dan bertemu dengan persatuan persatuan lain.
Dulu ada sebahagian dari kita telah berusaha mengadakan persatuan bekas pelajar tetapi tidak berjaya mengekalkannya. Sebabnya ialah tiada kekuatan kewangan dan kekuatan aktiviti. Dahulu aktiviti hanya melibatkan berhimpunan sosial di kalangan bekas pelajar sahaja. Bukan bermakna perhimpunan sosial itu tak penting..ia sememangnya penting dan kita akan meneruskannya. .tetapi ia perlu disertai dengan aktiviti lain yang mendapat sokongan bukan sahaja dari kalangan kita tetapi dari kalangan orang luar.
Itu sebabnya kita kena keluar ke padang dan menanam benih..baru akan tumbuh pokok dan insyaAllah kita akan dapat berlindung dari panas dan makan buahnya sekali. Lebih ramai yg menanam benih lebih banyak pokok tumbuh dan lebih ramai lagi yang merasa makan buahnya..masalah kita kaum melayu..kebanyakann ya tak mahu menanam tetapi nak merasa buahnya saja..lebih kurang tupai la tu (maaf berseloroh je).
Abang faham soalan adik itu. Adakah mereka tahu kewujudan kita? Kalau tidak diberitahu bagaimana mereka akan tahu?Siapakah yang sepatutnya memberitahu mereka kalau bukan kita? Bagaimana nak memberitahu mereka kalau kita duduk di rumah dan tidak memberitahu mereka? Abang rasa adik sendiri tahu jawapannya. Masalah kita, kitalah yg perlu selesaikan.
AAF akan didaftarkan dengan rasmi, insyaAllah dalam masa terdekat ini. Abang akan bertemu dengan En Yahya Lim (Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat Felda) pada 16 Mei ini untuk memberitahu beliau mengenai persatuan AAF dan agenda kita. InsyaAllah beliau akan memberi sokongan dan bantuan kepada kita. Selepas itu melalui Abang Faiz kita akan minta bantuan untuk menguruskan pertemuan dengan orang2 penting lain yg dapat membantu kita.
Panjang lagi perkara yang ingin abang sampaikan pada adik tetapi susah sikit dalam keadaan begini melainkan kalau berbual secara berdepan. Apapun abang memerlukan sokongan, bantuan dan penyertaan dari semua bekas pelajar AF tak kira KL, Kuantan atau Johor untuk menghidupkan persatuan ini. Adik boleh membantu dengan memberitahu rakan2 untuk menyertai AAF.
Memang di awal penubuhan ini keadaan nampak tidak sempurna. Tengok Genting Highland.Dulu siapa terfikir gunung berbukit itu boleh jadi resort. Kecuali seorang cina yang buta huruf,mempunyai visi dan berjiwa besar. Dan dia juga memerlukan sokongan dan dia mendapat sokongan Tunku AR. Jadi adalah Genting yg dari laluan gajah menjadi laluan BMW dan kereta mewah lain..dan kita bawa keluarga bersantai dan berehat di sana.
Yang kita nak tubuhkan ni AAF, adalah satu benda kecil kalau dibandingkan dengan Genting..kita tak buta huruf macam Lim Goh Tong..kita ada ramai ahli yg dah ada phd..apa masalah kita? mungkin masalahnya kita org melayu dan bukan Cina macam Lim..Orang kita jiwa kecil..kita memandang kepada masalah mikro..awal- awal lagi kita nak semua macam profesional. .profesional itu dan ini..profesional itu adalah hasil dari latihan dan pengalaman.. dan ia mengambil masa yg lama..AAF belumpun ditubuh lagi..bagaimana kita nak itu dan ini?
Jadi adik, marilah bersama-sama abang menjayakan AAF dalam apa juga sokongan dan bantuan yg kita mampu.Setidak- tidaknya sokongan moral.
Jumpa lagi dik.Terima kasih.

Anuar Mohamed


Sudah Tiba Masanya

Tindakan Maybank mesti dipertahankan

KUALA LUMPUR 10 Mei – Ahli-ahli ekonomi, peguam dan tokoh politik Melayu hari ini meminta kerajaan mempertahankan tindakan Malayan Banking Bhd. (Maybank) mengenakan syarat pemilikan 50 peratus kepentingan bumiputera dalam firma-firma guaman yang mahu menjadi panel bank tersebut

Mereka berpendapat, langkah Maybank – bank perdagangan terbesar di negara ini – memperkenalkan dasar baru berkaitan firma-firma guaman adalah selari dengan polisi kerajaan untuk mengagihkan secara adil kekayaan negara, khususnya kepada kaum bumiputera yang masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi berbanding kaum lain.

Menurut mereka, kerajaan perlu menghargai langkah Maybank kerana apa yang dilakukan itu membuka banyak peluang kepada firma-firma guaman bumiputera untuk terlibat secara langsung dalam pembangunan ekonomi negara.

Seorang ahli ekonomi, Haim Hilman Abdullah berkata, Maybank sebenarnya telah melaksanakan tanggungjawab sosial korporat terhadap kaum bumiputera di negara ini dengan memperkenalkan syarat-syarat baru berkaitan firma-firma guaman.

Katanya, semua pihak harus menyokong langkah berkenaan kerana Maybank bersedia memberi peluang kepada firma-firma bumiputera tanpa disuruh.

"Mengapakah kita tidak sama-sama mempertahankan langkah ini?

"Pada pendapat saya, firma-firma guaman yang tidak memenuhi syarat yang Maybank tetapkan itu mempunyai banyak pilihan untuk membuat urus niaga dengan bank-bank lain yang tidak mengenakan syarat yang Maybank tetapkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang menyebut bahawa Jemaah Menteri telah meminta Maybank supaya memansuhkan syarat pemilikan 50 peratus bumiputera ke atas firma-firma guaman yang ingin menjalankan urus niaga dengan bank itu.

Beberapa buah akhbar memetik sumber peringkat tertinggi sebagai berkata, arahan Kabinet itu dibuat kerana syarat yang dikenakan oleh Maybank itu bukan dasar kerajaan.

Laporan itu juga memetik sumber tersebut sebagai berkata bahawa Kementerian Kewangan juga tidak pernah mengarahkan Maybank untuk melaksanakan peraturan tersebut.

Mengulas lanjut isu itu, Haim Hilman berkata, dasar Maybank berkaitan ekuiti bumiputera dalam firma-firma guaman itu adalah 'amat pragmatik'"' pada masa ini memandangkan orang Melayu memang belum mampu bersaing.

"Jika kita bersungguh-sungguh mempertahankan kepentingan bumiputera dalam rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat, apakah bezanya dalam isu ini?" tanya beliau.

Pensyarah Fakulti Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Asan Ali Gulam pula berkata, langkah Maybank itu akan membantu usaha kerajaan meningkatkan penglibatan bumiputera sebanyak 30 peratus dalam ekonomi negara serta menjadikan mereka masyarakat ekonomi dan perindustrian.

"Kabinet sepatutnya menggalakkan bank lain mengikuti langkah Maybank dan tidak melihat syarat itu sebagai diskriminasi kepada kaum lain. Maybank syarikat milik kerajaan. Jika orang lain lihat tindakan itu bertentangan dengan dasar kerajaan, saya pula melihat apa yang dilakukan oleh bank itu adalah sebaliknya," kata beliau.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur (DPMKL), Datuk Syed Amin Aljeffri pula mahu tindakan bank itu dilihat dalam 'wajah' Malaysia kerana ramai kakitangan yang berkhidmat dalam firma guaman Melayu adalah peguam kaum Cina.

Katanya: "Jika tindakan Maybank dianggap diskriminasi kaum, bagaimana pula tindakan sesetengah syarikat yang siarkan iklan pekerjaan mengutamakan mereka yang fasih berbahasa Mandarin sahaja untuk menghadiri temu duga."

Pemangku Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar menegaskan, tindakan mengekalkan kuota 50 peratus ekuiti bumiputera bagi firma guaman yang ingin berurusan dengan Maybank dibuat bukan untuk menguasai ekonomi.

''Kita mahu wujud keseimbangan dalam ekonomi, bukannya hendak menguasai. Dasar itu tidak jejaskan orang lain kerana semua kaum dapat peluang yang sama," kata beliau.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Johor, Razali Ibrahim menjelaskan, setelah berlaku eksais penggabungan bank di negara ini, bantuan kepada bumiputera, termasuk kepada firma guaman, semakin berkurangan.

Dalam konteks ini, beliau menyokong dasar Maybank itu. "Bank itu merasakan penglibatan bumiputera amat diperlukan," kata Ahli Parlimen Muar itu.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datin Paduka Zaitoon Othman pula mengingatkan semua pihak supaya tidak menjadikan isu itu kontroversi.

Beliau berkata, firma guaman bukan bumiputera tidak perlu bimbang dengan perkembangan itu memandangkan kebanyakan bank lain di Malaysia tidak mengenakan syarat-syarat seumpama itu.

''Syarat itu tidak bermaksud firma bukan bumiputera tidak boleh menawarkan khidmat kepada Maybank, cuma mereka perlu memastikan ada 50 peratus ekuiti bumiputera dalam firma mereka," katanya.

Menurut Zaitoon, selama ini firma guaman bumiputera khususnya yang bersaiz kecil sukar untuk mendapatkan pelanggan yang terdiri daripada badan-badan korporat besar.

Sekurang-kurangnya, kata beliau, langkah yang diambil oleh Maybank itu memberi harapan baru kepada firma guaman bumiputera untuk terus berkembang.

''Tolong jangan perlekeh usaha Maybank ini,'' katanya.

Sementara itu, kajian semula Maybank ke atas kriteria pelantikan panel guamannya yang berkuat kuasa pada 1 Julai ini tidak membuat sebarang perubahan berhubung syarat pemilikan 50 peratus kepentingan bumiputera dalam firma-firma guaman yang ingin menjadi panel bank tersebut.

Utusan Malaysia juga difahamkan bahawa satu memorandum telah dihantar kepada semua panel peguam Maybank bagi memaklumkan kepada mereka mengenai perubahan kriteria pelantikan panel guaman bank itu.

Memorandum itu juga mengingatkan panel peguam Maybank supaya mematuhi kriteria baru itu dalam permohonan mereka untuk menjadi panel guaman berkuat kuasa 1 Julai ini.

Antara kriteria baru itu ialah firma guaman yang mahu menjadi panel Maybank mesti memiliki minimum tiga rakan kongsi dengan sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi bumiputera menguasai 50 peratus ekuiti dalam perkongsian itu dan firma tersebut telah beroperasi sekurang-kurangnya tiga tahun.

Kegagalan memenuhi kriteria itu akan menyebabkan Maybank boleh mengambil tindakan termasuk menamatkan perkhidmatan firma guaman terbabit.

Tuesday, May 8, 2007

Pandang Belakang... Tengok Kedepan...

Assalamualaikum...
what i see today is that we are loosing our roots. anak anak kita sudah lupa asal usul
semuanya disodokkan dengan all the hype of modern living, coz as we pass through the
poor life we had before, we forgot to tell them the value of life that we learned from our roots (felda).
it's not that I want to think backward by reminiscing too much about the hard life, but it's good
to remind our kids of the value, so that they will be more prepared to face any shortcomings in their own life later. furthermore, we have already seen the third generation falter. some become corporate
leader and rich, but failed as a muslim. some become more pious than anybody else but fail to
provide for their family.
so what we can do now is to stay together, exchange ideas and experiences so that we can produce a better wholesome generation.We fall very much behind in terms of economy (as it happens now)

Enough is enough!


Let us strive for excellence...
"kita tidak hina lagi
kita tidak bangsat lagi"
just a thought.......

Contributed By: Haris Fadzilah - SPM85

Monday, May 7, 2007

AAF 5th May - Pictures Uploaded

AAF - 5th May Event Pictures

Ini gambar yang saya dapat dari our super junior.. SPM 97 (agaknya). Thanks norizam. Sesiapa yang ada dambar lagi bolehlah dikongsi bersama.

Sunday, May 6, 2007

Old Pictures - Enjoy!

Gambar Slide Show AAF 5 May 2007

Perhimpunan Perdana AAF

Assalamualaikum.........
Tahniah saya ucapkan kepada AJK kerana berjaya menjayakan majlis AAF pada hari ini. Komitmen yang tidak berbelah bahagi dari AJK semua saya amat hargai...

Sudah lama saya tidak mendengar celoteh Abang Faiz kita. Apa yang diperkatakan tadi amat releven dengan situasi kita pada masa kini.

Pandangan peribadi saya... apa - apa yang kita buat hendaklah mempunyai dana yang mencukupi untuk kita bergerak. Dalam berniaga kita perlukan modal. Begitu juga kita. Sungguhpun kita ini badan Non-Profit Organization, perlu ada sumber pendapatan. Yuran hanyalah sekadar 'Committment fee' . Ia akan berbalik semula kepada topik asal... bak kata motto Perbadanan Niaga Felda.. Dari Ahli.. Untuk Ahli...

AAF perlu mempunyai koperasi yang bertindak sebagai orang tengah ataupun konsultan kepada felda... yang mana sumber/human capital datang dari ahli. Kita ada ramai kontraktor, engineer, pensyarah, motivator dan lain-lain ahli yang profesional yang boleh bernaung dibawah koperasi AAF. kita boleh gunakan AAF sebagai platform untuk kita pergi lebih jauh. In return, AAF boleh menjana dananya sendiri untuk menggerakkan aktiviti aktiviti yang boleh membantu masyarakat felda sendiri...

Sekiranya kita tiada dana, agak payah untuk kita bergerak.... yang tinggal hanya niat...

Bagaimana baik niat kita sekalipun, tak ada gunanya kalau tiada perlaksanaan. Sekiranya kita tiada sustaining power, di penghujung cerita, kita akan kecundang juaga..

Untuk menjadi seperti STAROBA, MACOBA, VIOBA, kita perlu ada sustaining power. Kita mesti ada dana. Kita mesti ada penaja. Duit bukan turun pada langit. Kita kena usaha untuk mendapatkannya.

Kita sudah ada platform. KIta sudah ada ahli. Cuma kita kena 'create value' untuk persatuan alumni kita. Tanpa 'Value' , we are nobody...

Saya faham.. semua ini bukanlah mudah.... cerita boleh lah... dari kebijaksanaan saudara/saudari/abang/kakak
/adik semua, saya rasa insyaallah boleh berjaya...

Cuma kita perlu merangka untuk melaksanakannya.

Sebenarnya... inilah luahan kebanyakan ahli ex-AFKL yang saya jumpa dan bercerita. Cerita yang sama. Saya rasa semua orang realize perkara ini. Cuma yang tidak ada adalah mekanisma perlaksanaan....  who to do what? What things to do?... dan macam macam lagi...

Saya hargai usaha AJK... Saya amat hagai komitmen bekas pelajar yang datang dari jauh... ada rakan saya yang datang dari johor... datang naik bas.... Tadi saya nampak dia juga menolong mengemas... terdetik dihati saya... alangkah baiknya jika ramai diantara kita yang mempunyai komitmen yang sebegini.

Apa apa pun, kita perlu ada sesuatu untuk memberi sesuatu...

Lastly, you'all did a very excellent job.
Sekian dan wassalam... maaf kerana membangkitkan topik lapuk ini..

Thursday, May 3, 2007

AFKL 85 Last Reunion Pictures

AFKL85
Berukut adalah gambar gambar yang di ambil semasa majlis reunion AFKL batch 85 yang lepas. Termasuk juga gambar kenangan semasa kami di asrama dahulu

Perjumpaan Alumni Asrama Felda - 5 May 2005


Asrama-asrama Semai Bakti FELDA


Asrama Semai Bakti FELDA yang pertama telah ditubuhkan pada tahun 1975 iaitu Asrama Semai Bakti Kuala Lumpur (menyewa bangunan di Jalan Kuching kemudian di Taman Keramat sehingga asrama sebenar siap pada tahun 1983 di Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur). Asrama Semai Bakti FELDA Kuantan (Asrama Semai Bakti Tun Abdul Razak ) merupakan Asrama kedua yang telah ditubuhkan pada tahun 1978 dan kemudiannya telah ditutup pada tahun 1998.

Asrama Semai Bakti FELDA yang ketiga ialah Asrama Semai Bakti Johor Bahru yang ditubuhkan pada tahun 1983 dengan menyewa bangunan sehingga asrama sebenar siap pada tahun 1985 di Jalan Tasik Utara, Johor Bahru.

Asrama Semai Bakti Kelana Jaya merupakan Asrama Semai Bakti FELDA yang keempat yang telah ditubuhkan pada tahun 1998 bertempat di Kelana Jaya, Selangor.

Asrama Semai Bakti FELDA yang kelima ialah Asrama Semai Bakti Trolak di Perak. Asrama ini dibuka pada tahun 1999 menggantikan Asrama Semai Bakti Kuantan yang telah ditutup pada tahun 1998. Asrama Semai Bakti Trolak telah ditutup dan berhenti beroperasi pada tahun 2005.

Kini Asrama Semai Bakti FELDA Kuantan akan beroperasi semula dan sedang dalam pembinaan di tapak lama di Jalan Haji Abu Bakar, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Asrama-asrama Semai Bakti FELDA kini adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pembangunan Masyarakat, Ibu Pejabat FELDA, Jalan Perumahan Gurney, Kuala Lumpur. Terdapat 3 buah asrama yang sedang beroperasi iaitu Asrama Semai Bakti Kuala Lumpur, Asrama Semai Bakti Kelana Jaya dan Asrama Semai Bakti Johor Bahru. Manakala Asrama Semai Bakti Kuantan sedang di dalam pembinaan.